Minggu lepas beberapa akhbar melaporkan berita tentang rumah pelakon dan pengacara terkenal, Wardina Saffiyah, dipecah masuk oleh sekumpulan penyamun.
Saya membaca berita tersebut dibeberapa portal online dan di akhbar
Sinar Harian. Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa dan menerima
berita tersebut sepertimana berita-berita rumah orang-orang lain dipecah
masuk.
Sinar Harian Ahad 15.01.2012 menyiarkan berita mengenai Wardina disamun untuk kali kedua |
Tiga hari selepas berita pertama disiarkan di Sinar Harian, akhbar itu
sekali lagi memberi liputan istimewa tentang kejadian yang menimpa
Wardina pada hari Ahad lepas. Dalam berita tersebut Wardina banyak
bermain kata-kata yang mempunyai elemen simpati, termasuklah
menceritakan kisah anak-anaknya.
Perasaan cuak terhadap Wardina mula timbul dalam diri saya dan hati berkata "seolah-olah dalam negara ini dia sahaja yang kena rompak, sedangkan ramai lagi mangsa yang lebih teruk dari dia".
Tup....tup....tiba-tiba hari ini sekali lagi Sinar Harian melaporkan
kisah Wardina disamun dan masih lagi memainkan elemen simpati serta
kenyataan yang terlebih mengada-ngada.
Sinar Harian Selasa 17.01.2012 menyiarkan berita mengenai Wardina disamun untuk kali ketiga |
Jika begitu caranya saya berfikiran sudah tentu ada sesuatu yang tak
kena dengan peristiwa yang menimpa Wardina. Mana mungkin setiap dua hari
akhbar boleh melaporkan kisah dia disamun. Sedangkan banyak lagi
peristiwa-peristiwa sedemikian yang menimpa orang lain tidak mendapat
liputan seistimewa itu . Lagi pun kes yang melibatkan keluarga Wardina
tidak melibatkan kematian atau kecederaan parah.
Timbul beberapa persoalan dalam fikiran saya.
Mungkinkah kejadian pecah rumah dan samun yang menimpa Wardina minggu
lepas sebahagian dari plotnya untuk meraih simpati dan menaikkan balik
popularitinya ?
Seperti yang kita semua tahu, populariti Wardina kini merundum selepas pendedahan beberapa blog
sebelum ini mengenai hubungannya dengan parti PKR. Wardina menafikan
perkara tersebut dan terpaksa mengambil cuti dua bulan sebagai pengacara
rancangan Malaysia Hari Ini TV3.
Kita lihat apa yang dikatakan oleh Wardina sepertimana yang dilaporkan oleh portal klpos.com
Pelakon dan pengacara terkenal Wardina Saffiyah dirompak oleh 3 orang yang memasuki rumahnya di Bukit Antarabangsa di Ampang awal pagi tadi.
Menurut Laman Sosialnya, Twitter "Kami dirompak! Tiga perompak datang ke rumah kami baru tadi!" mesej melalui Twitter dihantar beliau awal pagi tadi.
Tambah Wardina lagi,dia dan keluarganya hanya mampu melihat ketika dirompak.sementara itu,Suaminya Ikhwan telah dipukul.Antara yang dirompak ialah 5 buah komputer riba katanya.
Mereka sekeluarga dilaporkan agak trauma ketika ini.
Wardina juga memberitahu, dia terpaksa meminjam komputer riba jiran untuk memaklumkan insiden yang menimpa keluarganya.
Jelas Wardina, dia juga tiada telefon bimbitnya dan hanya boleh dihubungi menerusi e-mel dan Facebook.
"Sekarang banyak kejadian rompakan. Saya nasihatkan agar orang ramai berhati-hati," katanya.
Orang kena samun dan trauma masih boleh pinjam komputer jiran untuk bertwitter ? Logikkah ?
Untuk tujuan apakah dia amat-amat memerlukan menghebahkan berita
tersebut melalui twitter disaat dia dan keluarga sedang trauma ?
Kenapa dia tidak menunggu selepas keadaan tenang dan trauma telah pulih ?
Sanggup pinjam komputer jiran untuk tweet berita tersebut....
Tidakkah itu tujuan untuk menagih simpati dan seterusnya meraih populariti ?
Perkara sebenar hanya Allah dan Wardina yang sahaja yang tahu.
Jika Wardina ada jawapan kepada persoalan serta kekeliruan yang saya
timbulkan, saya mengalu-alukan jawapan dari anda. Saya sentiasa bersedia
menyiarkan penjelasan dari anda di blog ini.
sumber RBF-online
No comments:
Post a Comment