Monday, 16 January 2012

102 Ahli PAS masuk UMNO bukan Gimmik tetapi terlalu marah dengan pemecatan AHasan Ali

102 orang bekas anggota PAS yang kini telah menyerahkan borang keahlian kepada Tuan Haji Rahim Kamarudin pada malam kejadian, adalah mereka yang sangat marah dengan kepimpinan tertinggi PAS, terutamanya berkaitan pemecatan Datuk Dr Hasan Ali, bekas exco kerajaan negeri Selangor. Mereka juga telah hilang kepercayaan pada sistem yang diamalkan oleh parti tersebut yang membelakangkan konsep demokrasi dan keadilan kepada ahlinya. Bagi mereka, pemecatan keanggotaan Hasan Ali tanpa melalui proses pembelaan oleh tuan punya diri adalah satu tindakan yang tidak wajar dan dikeji oleh kumpulan ini.

Lantaran itu, mereka amat mempercayai bahawa PAS yang mereka pernah anggotai suatu ketika dahulu telah jauh menyimpang dari perjuangan asal dan ini berlaku semenjak perikatan PAS dengan PKR dan DAP.

“Mereka akan kata kami dibayar… sumpah satu sen pun kami tak terima untuk keluar dari PAS dan masuk ke dalam UMNO”, kata Rizal Ismail, 40 tahun, bekas ahli jawatankuasa Gerak Saraf PAS cawangan Kerdas.


(Jais Ismail menunjukkan kad keahlian PAS nya)

Jais Ismail, 41 tahun, bekas Ketua PAS cawangan Kerdas dan ahli jawatankuasa PAS zon Kerdas pula berkata, “saya mengetuai mereka semua ini. Kami amat mempercayai kepimpinan Dato (Dr) Hasan Ali. Jika seorang yang berilmu tinggi seperti beliau pun boleh sewenang-wenangnya dipecat, apatah lagi kami yang di bawah ini. Mereka (PAS) ada menelefon saya untuk menghalang kami dari keluar dari parti (PAS). Tak makan dah... dah terlewat tu semua. Kami tetap akan keluar dari parti”.

Sebenarnya, masalah dalaman parti PAS amat runcing dan ia bukan suatu yang baru. Pemecatan Hasan Ali adalah pembukaan kepada orang luar untuk menilai permasalahan yang dihadapi oleh dalaman PAS. PAS selama ini berjaya menutup kepincangan mereka namun dengan kejadian yang menimpa Hasan Ali, kelihatan kini kepincangan itu mula berani diperkatakan oleh ahli-ahli mereka sendiri.

Datuk Seri Haji Hadi Awang hari ini dilaporkan sebagai berkata bahawa mereka tidak pernah diperkudakan oleh mana-mana parti perikatan yang membentuk pakatan rakyat. Tetapi apa yang diperkatakan beliau itu nampaknya disanggah oleh ahli-ahli akar umbi mereka sendiri.


(Zurihan Yusop, P. Setiausaha Pemuda UMNO Perhubungan Negeri Selangor)

Sejauh mana pimpinan tertinggi PAS dapat menutup kepincangan mereka dari diperkatakan oleh ahli akar umbi adalah satu persoalan yang patut difikirkan oleh semua pemerhati politik. Saya amat bersetuju dengan persoalan yang ditimbulkan oleh saudara Zurihan Yusop, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Perhubungan Negeri Selangor yang turut sama menyaksikan majlis penyerahan 102 borang keahlian bekas anggota PAS ke dalam UMNO di kampong Kerdas 2 itu, “jika bai’ah kini tidak lagi relevan, apakah sistem yang akan diperkenalkan oleh PAS bagi mengunci mulut-mulut ahlinya dari menentang secara terbuka kepimpinan tertinggi mereka? Walaupun sudah terang lagi bersuluh, ahli-ahli PAS bukannya mudah untuk diperbodohkan. Dr. Hasan Ali adalah simbol kepada kebangkitan ahli-ahli PAS yang tidak tahan lagi dengan sikap pemimpin tertinggi mereka yang mengejar Putrajaya hingga sanggup mengenepikan perjuangan asal mereka”.

Tuan Haji Rahim sewaktu saya menemuinya berkata “Alhamdulillah, Tuhan maha kaya. Pertemuan saya dengan Jais Ismail sewaktu bulan Disember tahun lalu diperkuatkan dengan insiden pemecatan Dr Hasan Ali. Mereka meninggalkan PAS bukan kerana saya atau apa-apa imbuhan dan sebagainya. Tetapi mereka meninggalkan PAS kerana parti itu sendiri bermasalah hingga ada ahlinya yang mula hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu sendiri serta politik kotor yang diamalkan di peringkat tertinggi. Mereka sedar mereka telah ditipu selama ini dengan satu perjuangan yang palsu”.


(Tuan Haji Rahim di majlis pengisytiharan bekas ahli PAS masuk ke dalam UMNO)

Apa yang saya ingin katakan di sini adalah, pengisytiharan bekas anggota PAS meninggalkan parti itu dan masuk ke dalam UMNO bukanlah satu gimmick murahan tajaan UMNO tetapi sebenarnya adalah berikutan permasalahan dalaman PAS sendiri yang begitu kuat berlaku terutama setelah insiden pemecatan Hasan Ali.

Suka untuk saya mengajak pembaca melihat sejauh manakah permasalahan PAS akan dibongkar satu demi satu oleh akar umbinya sendiri!

No comments:

Post a Comment