Tuesday 17 January 2012

Bekas Presiden Pas: Semua parti perlu dialog

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa berkata, isu cadangan perbincangan antara Umno dan parti Islam itu bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, perbincangan seperti itu bukan tertakluk kepada Pas dan Umno sahaja, malah perlu juga membabitkan parti politik lain.

"Saya percaya keperluan untuk berdialog... saya percaya perlu untuk semua menyertainya untuk tujuan yang baik," katanya ketika menjawab soalan peserta pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global di sini, hari ini.

Terdahulu, Nasharudin menyampaikan kertas kerja bertajuk Antara Kesederhanaan dan Ekstremisme: Cabaran dan Respons.

Sebelum ini, Nasharudin dan beberapa pemimpin PAS telah didakwa memihak dan mendesak perbincangan mengenai perpaduan antara Pas dan Umno.

Beberapa pemimpin Umno juga menyatakan sokongan terhadap idea perbincangan tersebut tetapi kepimpinan Pas telah menolak cadangan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment