Monday 13 February 2012

ADUN BATU CAVES ROMPAK PASIR SELANGOR



skandalpasir
PENULIS menjangkakan, dengan terbongkarnya skandal pasir di Selangor ini, akan ada seorang lagi rakyat Selangor aka kroni PKR yang akan dihantar menetap di luar negara.  Negara pilihan adalah antara London dan Indonesia, bergantung kepada keberatan kes.

Dan duit siapa yang bakal menanggung kehidupan orang ini nanti.  Sudah tentulah duit negeri mana yang menghantar, besar kemungkinan, Selangorlah.

Kalau tidak silap agakan penulis itu, kita sudah boleh meneka siapa dikalangan nama-nama ini yang bakal ‘hilang’ dalam  jangka masa terdekat.  Antara Adnan Bin Abd Mokhtar,  Siti Rosmaliza Binti Meo Rasli atau Marzaniyah Binti Arshad.

Ya, kesemua mereka adalah pengarah syarikat Double Dignity yang dikaitkan dengan skandal pasir yang sedang menggegar kerajaan Selangor hari ini.

Memang benar skandal sama pernah menggegar pada 2010, tapi pada ketika itu yang terlibat hanya nama ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafei terkait, syarikat Double Dignity dan Amirudin Shaari tidak muncul dimana-mana.

Begitu juga dengan rakaman perbualan telefon yang didakwa berlaku antara  Suhaimi dengan kontraktor pasir.

Kesemua itu tidak wujud pada 2010 ketika skandal yang pertama terbongkar.  Tapi kali ini berbeza pula keadaannya dengan dokumen yang lengkap, perbualan telefon, malah ADUN Batu Caves sendiri sudah mengaku ada memberi sokongan kepada Double Dignity untuk mendapatkan kontrak pasir bilamana dia sendiri adalah pengarahnya, disini.

Soal Double Dignity dapat kontrak atau tidak, itu lain.  Apatah lagi bila ada dakwaan bahawa maklumat Double Dignity dalam rekod Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah diarah untuk dihapuskan.
Penulis menggesa dalam masa yang sama, agar SPRM juga cepat-cepat menjalankan siasatan, sebelum ada diantara orang-orang yang dinyatakan di atas, ‘hilang’ secara tiba-tiba.  Nanti nak diekstradisi dan sebagainya bukan mudah.

Dalam kes anak ikan Elizabeth Wong, PKR sudah terbukti mempunyai kaitan dan keupayaan di Indonesia untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang boleh mengesahkan Helmi sebagai warganegara Indonesia!!
Walaupun palsu tapi kebolehan membuat itu yang penting.

1 comment:

  1. MNK pun kasi dedah benda ini...harap lagi ramai mendedahkan perkara ini. Boleh baca kat sini link ini....

    http://gombakgempur.blogspot.com/2012/02/tanah-selangor-dirompakgombak-adun-pkr.html?utm_source=BP_recent

    ReplyDelete