Saturday, 11 February 2012

Ceramah & Pemeriksaan Kesihatan Mega 2012 NGO Gombak Berjaya sedarkan Rakyat Tentang Kesihatan

Taman Melawati, 11 Feb. - Program bermula seawal 7.30 pagi apabila peserta memulakan acara dengan senamrobik yang dibimbing oleh ahli Fisioterapi dari IJN dan seterusnya membuat pendaftaran dan mengikuti ceramah Perdana yang membincangkan tajuk Kesihatan jantung oleh pakar jantung yang di bawa khas dari IJN , Dr Hafiz dari IJN yang diadakan di Ballroom. 

Majlis kemudiannya menerima kunjungan Menteri Kesihatan YB Dato' Seri Liow Tiong Lai serta merasmikan program ceramah & pemeriksaan mega kesihatan ini. Majlis yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Fadhli Mansor dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan seterusnya kata kata aluan daripada Dato' Raja Ahmad Niza Raja Ismail selaku penganjur bersama yang telah bermurah hati membenarkan program ini diadakan di K Klub.

Dato Dr Rahman, selaku pengerusi badan badan NGO Gombak dan Pengerusi Program telah menyusul dengan ucapan yang mengalukan kedatangan Menteri Kesihatan serta mengucapkan Tahniah kepada badan NGO yang telah berjaya menganjurkan program ini dengan jaya nya, menurut beliau program ini di namakan sebagai program Mega kerana sebelum ini telah banyak pemeriksaan kesihatan yang sentiasa di jalankan oleh NGO di Gombak.

Menteri Kesihtan dalam ucapan beliau mengingatkan rakyat betapa penting nya pemeriksaan penyakit tidak berjangkit diadakan setiap tahun supaya kita tahu apakah penyakit yang kita hadapi dan katanya ramai antara rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa mereka punyai penyakit tidak berjangkit ini dan mengambil mudah sehingga ianya akhirnya sukar lagi dicegah apabila mengetahui bahawa diri mengidap penyakit berkenaan.

"Program sebegini harus dijalankan selalu bagi menyedarkan rakyat tentang pentingnya kesihatan. Badan badan NGO akan terus bergerak menjalankan program program dan mendekati rakyat." Tegas Dato' Dr Rahman apabila diketemui setelah majlis perasmian selesai.

katanya lagi, beliau akan terus memberikan khidmat kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan parti melalui landasan NGO khususnya kepada rakyat di sekitar Gombak. Banyak program program kemasyarakatan yang telah dilakukan dan terus merancang untuk terus berdamping dengan rakyat. Beliau juga  merasa bangga kerana  dapat menyampaikan hasrat rakyat kepada Menteri Kesihatan bagi menaikan taraf Klinik 1 Malaysia yang kini sesak dan diterima oleh rakyat. Menteri Kesihatan telah memberikan jaminan untuk "Upgrade" klinik berkenaan.
Sdr Tuan Haji Fadli mansor selaku pengerusi majlis
Antara pemimpin politik yang hadir dari MCA.

hadirin yang mendengar ucapan menteri kesihatan

Tuan haji Fadli Mansor sedang membaca doa.
Dato' Dr Rahman dan menteri kesihatan di atas pentas
Dato' Dr Rahman Ismail memberikan ucapan terima kasih dan tahniah

antara peserta yang hadir

peserta yang hadir  dalam majlis pembukaan

wartawan juga sibuk membuat liputan

salah seorang peserta


pemeriksaan kesihatan
pemimpin veteran UMNO Gombak Datin Paduka  Seri Hajah Zaleha  ismail turut memberikam sokongan selain dari Datin Paduka Rakibah Manap
pengunjung melawat pameran

upacara pembukaan

Dato' dr Raahman sedang menerangkan sesuatu kepada  menteri kesihatan


nyanyian 1 Malaysia
Menurunkan tanda tangan di salah sebuah pameran yang di adakan
gerai gerai barangan kesihatan

Sidang akhbar

No comments:

Post a comment