Wednesday, 1 February 2012

Siri 1 : Gambar pemimpin Gombak mana lagi ni nak diedarkan ???? say no to them !!!

Anjing juga benci dengan pakatan rakyat
Panas seketika dahulu mengenai isu gambar Ketua UMNO Bahagian Gombak yang disebarkan di blog blog pembangkang  klik sini (siap tipu lagi kata K Bahagian mengaku) untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin  ini. Ramai yang bertanya kenapa pemimpin ini tidak menyaman bloggers berkenaan ,  jika benar ianya bukan gambar  beliau. Mengapa  tidak mengambil tindakan menyaman bloggers yang menyebarkan gambar ini.

Perlukah beliau menyaman ?  jika beliau menyaman  bloggers ini bererti beliau memberikan respons yang selama ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh bloggers ini untuk membesarkan lagi isu yang sengaja di adakan untuk melihat apakah pemimpin ini akan melenting dan gelojoh apabila bertindak.

Menyaman bukan satu jalan penyelesaian malahan ini akan mempopular kan lagi penyebar  gambar ini kerana penyebar ini punya alasan yang cukup untuk melepaskan diri dengan mengatakan bahawa mereka juga dapat gambar ini dari sumber yang mereka tidak pasti. Tidak satu pun bloggers ini yang mengaku bahawa gambar itu adalah milik mereka . Siapa yang sebenar nya mengaku gambar ini milik mereka untuk disaman???

Kita tidak mahu lagi peristiwa yang berlaku pada PRU 12 yang lalu terus  berulang kembali di mana  Said Anwar telah difitnah melalui laman web oleh juak juak Azmin Ali dengan isu pecah amanah dan kita gagal untuk menangani isu ini sehingga ianya menjadi satu fitnah yang merugikan kita.

Jelas  Said Anuar sebenarnya adalah calon yang lebih baik dari Azmin Ali dan seharusnya  Said Anuar memenangi PRU12 yang lalu, namun beliau  tewas ditangan Azmin kerana fitnah di internet. Mereka juga berjaya menjatuhkan kredibiliti seorang lagi pemimpin kita di Gombak dengan menyiarkan gambar berduan yang sebenarnya tidak ada apa apa yang boleh dipertikaikan tetapi fitnah  lebih hebat dari kebenaran.


Apa yang berlaku dengan Dato' Dr Rahman adalah satu penginayaan  yang amat mengaibkan dan memalukan dan merugikan masyarakat dan juga rakyat kerana Dato'  Dr Rahman pada ketika itu adalah merupakan pemimpin yang amat dedikasi dan yang banyak berbakti kepada keseluruhan rakyat di Gombak.

UMNO dan BN kehilangan dan kerugian hanya kerana sikap rakus dan sakit hati seorang suami yang tertekan dengan masalah kewangan kerana menganggur dan tidak punya sumber pendapatan dan menumpang tuah isteri.

Hanya kerana seorang suami yang tidak bertanggung jawab yang sanggup mengaibkan isteri  kerana masalah peribadinya sendiri dan akhirnya dua orang yang tidak bersalah menjadi mangsa sifat tidak bertanggung jawab suami ini. Jika dia suami yang baik , sanggupkah dia mengaibkan isterinya dengan mengedarkan gambar isterinya dan memfitnah situasi sebenar. Kami akan siarkan cerita sebenar di laman ini.tunggu akan keluaran khas ini.

Namun ini semua  boleh kita ibarat kan sebagai nasi yang sudah menjadi bubur. segalanya  sudah menjadi suratan takdir dan hanya Allah swt sahaja yang mampu membalasnya, Kita sebagai rakyat tidak perlu menghukum sesuatu yang kita tidak tahu dan  yang  tidak pernah di dapati bersalah oleh mana mana mahkamah .sikap berdiam diri Dr Rahman perlu dipuji kerana itulah sikap yang paling "gentelman" untuk menyelamat kan  rumah tangga seorang rakan  yang tidak bersalah.

Berbalik kepada ketua Bahagian Gombak, sehingga hari ini beliau  tidak pernah memperdulikan  gambar yang diedarkan untuk memfitnahnya , ini adalah satu  perbuatan yang terhormat bagi seorang pemimpin yang terus menjalankan tugas tanpa memperdulikan  perkara yang remeh dan temeh  yang mahu menjatuhkan imej beliau. lambat laun kebenaran akan terbukti dan kini, pengedar gambar telah dikenali dan biarlah yang tahu dan mengerti menilaikan apa yang sebenar berlaku. Biar sampai waktu dan masa yang baik Insya alah mungkin mereka akan menerangkan.

Insya alah hari ini Dato' Dr Rahman dengan semangat yang baru akan kembali  dan terus berbakti kepada rakyat dan telah menolak segala tohmahan dan fitnah terhadap dirinya. Seorang pejuang akan terus berjuang dan akan membuktikan bahawa beliau sememangnya seorang pejuang yang tulin. Beliau hanya  mahu untuk menaburkan  bakti kepada masyarakat dan terus  melakukan kerja kerja kemasyarakatan.

Percayalah antara orang yang akan menjadi mangsa fitnah laman web kelak adalah  Tuan Haji Datuk Megat Zulkarnain yang begitu kuat bekerja untuk rakyat di Gombak. Percaya lah. Mereka berjaya lakukan kepada Said Anwar, Dato' Dr Rahman , Tok Ketua Bahagian , tidak mustahil ketua pemuda akan menjadi mangsa perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Namuin kia akan terus memantau dan pastikan tiada lagi pemimpin Gombak di perkotak katikkan dengan isu isu gambar dan fitnah internet.

Bayangkan jika video klip Anwar yang memaparkan adegan yang  tidak bermoral juga tidak  dapat meyakinkan Wan Azizah dan penyokongnya walaupun nyata  gambar Anwar terpapar dan nyata jelas  yang membuat tuduhan (Datuk Eskay) berterus terang dan tampil ke hadapan membuat tuduhan. Inikan gambar sebegini yang melambak lambak berada di internet , antara mangsa yang  pernah dikaitkan dengan gambar super impose ini adalah pelakon Yusri KRU dan Linda Raffar. Setakat gambar Ketua Bahagian dan Dato' Dr Rahman tidak perlu kita merasa hairan kerana  memang ramai yang cemburu kepada kedua pemimpin ini. Kita perlu berdiri di belakang pemimpin kita dan jangan lah kita pula yang sama sama cuba menghancurkan mereka , Apa yang tinggal jika semua pemimpin kita difitnah ??

Oleh : Editor 1 Gombakharapan

No comments:

Post a comment