Friday 3 February 2012

Ceramah & Pemeriksaan Kesihatan Mega Anjuran Badan NGO Daerah Gombak


Hulu Kelang – 3  Feb: Satu perjumpaan telah diadakan di kelab K , Melawati semalam di antara  pengerusi pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak pada jam 3 petang  di  Kelab K bagi membincangkan  gerak kerja program pemeriksaan  kesihatan Mega  yang akan diadakan pada 11 Februari 2012 di Kelab K

Program pemeriksaan kesihatan ini anjuran  NGO Gombak  akan dirasmikan oleh menteri Kesihatan Dato’ Liow Tiong Lai  di Kelab K Taman Melawati. Ia nya  akan bermula seawal jam 7.30 pagi dengan sesi  senamrobik yang akan di adakan di kawasan kolam renang Kelab K  Berbagai pemeriksaan  kesihatan percuma  boleh dilakukan di sini  sehingga jam 5.30 petang. Program ini dibuka kepada awam. Pemeriksaan percuma  disediakan kepada 1000 pengunjung  awal.

Lebih 50 pengerusi pengerusi gabungan badan NGO yang hadir bagi membincangkan perancangan yang teliti bagi program tersebut yang di pengerusikan oleh Sdr Ustaz Fadzli selaku setiausaha Gabungan NGO Gombak.Dato’ Dr Rahman Ismail , Pengerusi  Gabungan NGO Daerah Gombak ,turut memberikan penerangan dan taklimat  mengenai perjalanan program sehari ini. Turut memberikan sokongan pada majlis ini ialah  Datin Paduka Hajjah Rakibah Hj. Abd Manap

Program yang merupakan  satu program ceramah & pemeriksaan kesihatan Mega secara percuma kepada orang Awam. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah ceramah Kesihatan Jantung, Demonstrasi CPR, Pemakanan Sihat, Peranan Ibu Bapa dalam Penagihan Remaja/ Anak-anak oleh Pakar Kesihatan Keluarga, Kanser Payu Dara dan Stroke, Buah pinggang dan Kanser.


Bagi pemeriksaan pula ialah Pap Smear, Kanser Payu Dara, Gigi, Kadar Gula, Kolestrol, Tekanan Darah, Indeks Jisim Badan, ECG (Risiko Masalah Jantung), Mata dan COMPPM bagi yang merokok.
Orang awam dijemput hadir beramai-ramai bagi mendapatkan pemeriksaan percuma  dan juga  boleh melawat gerai serta pameran yang telah disediakan. Pada Majlis berkenaan  Pengerusi NGO telah di berikan  kad  keahlain Kelab K percuma oleh pengurusan Kelab K.
oleh : Zura 

Sebahagian dari Pengerusi NGO Daerah Gombak

Dato' Dr Rahman Ismail pengerusi NGO Gombak, Datin Paduka  Hajjah Rakibah Abd Manap dan lain lain AJK Program

Dato' Dr Rahman, Dato Raja  , Datin Paduka Hajjah Rakibah Manap


Dato' Dr Rahman Ismail , Pengerusi NGO Daerah Gombak  memberikan  penerangan programkepada pengerusi pengerusi NGO yang hadir.





No comments:

Post a Comment