Thursday, 19 January 2012

Majlis Makan Malam Amal & Ihtifal MATAQU

Majlis Makan Malam Amal & Ihtifal
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN QASIMUL ULUM
( MATAQU )

Anjuran majlis bertujuan mengisi Dana Pembinaan Bangunan Sekolah MATAQU. 

Anjuran: 
Badan Musyawarah Ibubapa & Guru ( BMIG )
Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum
Dengan Kerjasama:
Pertubuhan NGO-NGO Daerah Gombak
Di Rasmikan Oleh:
Tan Sri Datin Paduka Sri Hajjah Zaleha Ismail
Lokasi & Tarikh :
Dewan Beringin, Sri Gombak, Selangor
19 Januari 2012













 


Majlis Malam Amal 2012  Majlis malam amal 2012 telah diadakan di Dewan Beringin telah diadakan  semalam bagi tujuan memugut  dana bagi  mengisi Dana Pembinaan Bangunan Sekolah MATAQU. Majlis yang turut disertai bersama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU) dan juga tetamu tetamu kehormat berlangsung dengan suasana kekeluargaan
.
Maahad tahfiz ini adalah sebuah integrasi diniah dan akademik yang ditubuhkan sejak tahun 2002. Ia dianungi oleh Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum (YPQU) dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor.
Maahad tahfiz ini mempunyai seramai 130 orang pelajar dan 18 orang tenaga pengajar. Ini merupakan kali kedua YPQU & MATAQU mengadakan Majlis makan malam amal.
Tetamu kehormat yang turut hadir ialah Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail Naib Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia, Tuan Haji Abd Rahim bin Kamarudin Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Dr. Rahman bin Ismail Ketua Felo Kehormat Merangkap Pengerusi Gabungan NGO Daerah Gombak.

No comments:

Post a comment