KUALA
LUMPUR, 16 Jan – Pakatan pembangkang terbukti boleh diiktiraf sebagai
parti juara slogan lantaran kecenderungan mereka yang sentiasa
berubah-ubah dan mewujudkan macam-macam slogan dalam masa yang singkat
mengikut situasi semasa, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris
Haron.
Terbaru pakatan pembangkang telah berikrar untuk ‘Bersihkan Malaysia’
melalui konvensyen mereka di Stadium Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,
Alor Setar, Sabtu lalu.
“Apakah
kebersihan yang mereka maksudkan? Dalam hal ini seakan ada satu
pergerakan yang seolah-olah memperbodohkan atau memandang rendah
terhadap apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) semenjak
kita mengecap kemerdekaan hinggalah ke hari ini.”
Katanya, sebelum ini telah pelbagai slogan dikeluarkan oleh pakatan
pembangkang termasuklah ‘Bebas Anwar 901’ sedangkan ketika itu mahkamah
belum pun membuat apa-apa keputusan berkaitan penghakiman kes terbabit.
“Apa dah jadi pada slogan itu sekarang sedangkan Anwar telah dilepas
dan dibebaskan walhal slogan tersebut wujud sebelum Anwar dikenakan
tahanan lagi.
“Mereka (pembangkang) minta bersihkan Malaysia tapi persoalannya
selama pembangkang berkerajaan di Kelantan iaitu selama 22 tahun adakah
negeri tersebut bersih sedangkan dalam peta Malaysia hari ini negeri
tersebut telah tertulis sebagai negeri yang paling tinggi maksiatnya,
tahap pendidikan paling rendah, negeri termiskin dan entah apa lagi?”
Tegasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, kerajaan Pas di
Kelantan telah mencemarkan nama Islam termasuklah kesuciannya.
“Hari ini Pas sendiri telah melalui malapetaka yang amat besar
apabila mereka bertindak memecat Hassan Ali yang mempertahankan kesucian
Islam dan kemudiannya slogan parti tersebut ditukar kepada negara
berkebajikan sedangkan BN telah lama melaksanakannya.”
Ujarnya, jangan gadai masa hadapan bangsa dengan parti yang tak ada
masa hadapan sebagaimana pakatan pembangkang, cakap penuh dengan omong
kosong hanya kerana gilakan pangkat dan kedudukan, apatah lagi apabila
tunduk dan sanggup ikut telunjuk Yahudi dan Amerika.
“Kalau nak lihat mayat Melayu dan Islam dikencingkan tentera asing di
negara sendiri maka berilah pakatan pembangkang PKR, Pas dan Dap
memimpin negara ini,” tegasnya lagi.
Tambahnya, kewibawaan dan integriti BN telah terbukti kerana sehingga
ke hari ini tidak seinci tanah pun askar asing boleh masuk.
“Ini berbeza dengan pembangkang yang belum pun berkerajaan askar
asing sudah mula minta ruang udara dan tapak sebagai pengkalan mereka.”
No comments:
Post a Comment