Tahniah
diucapkan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Gombak diatas usaha
yang dijalankan untuk mendekati pengundi-pengundi disekitar Parlimen
Gombak. Usaha mengadakan Pemeriksaan Kesihatan Percuma melalui Program
Klinik Bergerak ini di ketiga-tiga DUN di Parlimen Gombak ini amat bijak
sekali dan juga amat berkesan dalam mendekati masyarakat dan rakyat di
Gombak ini. Tarikh dan lokasi program tersebut juga amat tepat dimana
misalnya di Dun Hulu Kelang, ianya telah dijalankan di Tapak Pasar Tani
di Melawati. Ramai rakyat tempatan berkunjung kesitu pada waktu tersebut
dan mereka amat gembira sekali atas perkhidmatan pemeriksaan kesihatan
percuma yang disediakan itu. Ini kita dapat lihat daripada wajah mereka
yang berkunjung ke pasar tani dan melalui khemah Puteri UMNO Gombak dan
terus singgah dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara spontan.
Pemeriksaan Kesihatan Percuma melalui Program Klinik Bergerak yang telah dijalankan
di DUN Gombak Setia misalnya telah yang diadakan di Tadika Kemas
Pinggiran Batu Caves Fasa 3 telah turut mengadakan pertandingan melukis
kepada anak-anak pengunjung program ini yang mana ibu-bapa boleh membawa
anak-anak mereka sekali ke program ini. Sewaktu ibubapa menunggu
giliran dan melakukan pemeriksaan kesihatan anak-anak mereka menyertai
pertandingan mewarna dan dilayan dan dijaga oleh Puteri-puteri. Ini
sengaja diadakan agar anak-anak tadi tidak menganggu keselesaan ibu-bapa
melakukan pemeriksaan kesihatan dan untuk menggalakkan mereka yang
hendak mengunjungi program ini tidak melepaskan peluang melakukan
pemeriksaan kesihatan percuma ini kerana alasan kesibukan menjaga
anak-anak dirumah.
No comments:
Post a Comment