MNK
puji sikap kedua-dua Penyelaras Barisan Nasional di Gombak ini dalam
mengambil tindakan dan sikap proaktif berhubung dengan BR1M ini. Kedua
Penyelaras BN yang MNK maksudkan tersebut ialah Datuk Hj Megat
Zulkarnain b. Tan Sri Omardin Penyelaras BN Parlimen Gombak dan Datuk Hj
Said Anuar Said Ahmad Penyelaras BN DUN Gombak Setia. Kedua-dua mereka
ini bertindak pantas dan bijak dalam mendekati pengundi-pengundi diluar
kepompong UMNO di Gombak ini apabila telah membuka kaunter-kaunter
pendaftaran di sekitar DUN Gombak Setia pada 10hb Disember 2011 yang
lepas. Kaunter-kaunter pendaftaran yang beroperasi seawal jam 9
pagi hingga ke pukul 7 malam itu tak putus-putus dikunjungi oleh
rakyat-rakyat dan pengundi-pengundi Gombak yang ingin memohon dan
mendaftarkan diri untuk menerima sumbangan Bantuan Rakyat 1 Malaysia
yang bernilai RM500 itu.
Inilah
tindakan dan gerak kerja yang wajar dalam kita bersama kerajaan Barisan
Nasional yang sebenarnya banyak memberi kebajikan dan kesejahteraan
kepada rakyat namun kadang-kadang UMNO dan Barisan Nasional sendiri
kurang mengambil kesempatan dan peluang untuk mendapat “political
mileage atau credit” di atas perlaksanaan dasar atau tindakan kerajaan
Barisan Nasional itu sendiri. Seperti
contoh kalau dipihak pembangkang itu tindakan atau dasar kerajaan
negeri yang diperintah oleh pembangkang itu kadang-kadang tidak begitu
hebat atau tiada apa-apa yang boleh di banggakan namun pemimpin-pemimpin
parti mereka meroyan satu kampung dan benar-benar melaksanakan
perkara-perkara yang bijak demi mengaut semaksima “political mileage
atau credit”. Kadang-kadang dasar dan tindakan kerajaan Barisan Nasional
yang laksana pun tetapi mereka jugak pula yang mengaut dan mendapat
“political mileage atau credit” kerana melaksanakan tindakan-tindakan
yang bertepatan.
BR1M
ini pun tidak lari dari sasaran mereka untuk mengaut mahu pun
menidakkan “political mileage atau credit” kepada parti UMNO dan Barisan
Nasional apabila mereka telah mencetak dan mengedarkan borang-borang
yang tidak sah.
“political mileage atau credit” yang cuba dikaut pembangkang |
Namun
tindakan pantas kedua-dua Penyelaras BN Gombak ini melalui Ketiga-tiga
sayap UMNO Bahagian Gombak dan juga JKKKP serta pemimpin masyarakat yang
bersama Barisan Nasional maka rakyat Gombak berjaya diselamatkan
daripada ditipu oleh pihak parti pembangkang ini.
Cuba
kita lihat sekiranya anda mengisi borang yang tidak sah tersebut dan
dihantar ker LHDN, maka sewaktu penapisan dan pemeriksaan tentang
kelayakkan untuk menerima Bantuan Rakyat ini oleh pihak LHDN sudah pasti
apabila borang palsu yang dihantar maka nama anda akan di tanda
sebagai semakkan dah dibuat dan keputusannya pasti di tolak atas sebab
borang yang salah atau tidak sah yang digunakan. Maka pemohonan anda
akan ditolak dan anda tidak akan mendapat bantuan rakyat tersebut
walaupun anda berhak. Maka sudah pasti anda akan marah dan mengatakan
Kerajaan Barisan Nasional menipu dan mungkin akan menyebabkan anda tidak
akan memberi undi anda kepada BN kerana rasa diri anda ditipu. Walhal
yang menganiaya dan menipu anda adalah ahli-ahli atau jentera-jentera
parti pembangkang yang dengan sengaja mengedarkan borang-borang palsu
dengan harapan ramai rakyat akan terpedaya dan mengisi borang tersebut
dan akhirnya akan ditolak oleh LHDN.
Namun
Rakyat Gombak terselamat, Ribuan pengunjung telah mengunjungi kaunter
pendaftaran BR1M yang dibuka di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Gombak
yang mana ianya adalah dari inisiatif Penyelaras BN Parlimen Gombak
sendiri dan juga kaunter-kaunter lain di merata-rata tempat dalam Dun
Gombak Setia ini termasuk kampung MNK iaitu Kampung Sungai Chinchin.
Seawal jam 9 pagi tak berhenti-henti pengunjung yang datang hingga ke
jam 7 malam. Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Gombak menjadi
petugas-petugas yang, melayan pelbagai kerenah rakyat Gombak. Ada yang
senyum, ada yang masam, ada yang lembut ada yang keras berbahasa namun
semuanya dilayan dengan baik oleh petugas-petugas yang menjadi bidan
terjun menjawat jawatan sementara sebagai, penyambut tetamu, menjadi
counter pertanyaan, perunding dan penasihat, tukang isi borang, runner
photostatkan IC dan sebagainya. Semuanya dilakukan kerana perihatin dan
sayang kan parti.
Kaunter Pendaftaran BR1M di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Gombak |
Kaunter Pendaftaran BR1M di Pejabat Penyelaras BN Parlimen Gombak |
Penyelaras
BN DUN Gombak Setia pula telah turut menghimpunkan semua jentera Parti
UMNO dan komponen yang lain didalam satu sessi taklimat dan melancarkan
Program BR1M counter di seluruh DUN Gombak Setia yang mana semua JKKKP
hendaklah memastikan ada counter dibuka dikampung masing-masing bersama
UMNO Cawangan untuk mendaftarkan mereka-mereka yang layak menerima
Bantuan Rakyat ini.
Program Taklimat dan Program Kaunter BR1M Dun Gombak Setia oleh Penyelaras BN DUN Gombak Setia Datuk Said Anuar Said Ahmad |
Jentera 4 Sayap UMNO dan JKKKP hadir ke Program Taklimat dan Program Kaunter BR1M Dun Gombak Setia |
Di
kampung MNK di Sungai Chinchin Bt. 8 Gombak pula kaunter dibuka
Pendaftaran BR1M ini seawal jam 9 pagi hingga ke 6 petang. Pemuda UMNO
Sg. Chinchin terlibat dari awal hingga la ke akhir bersama AJK Cawangan,
Wanita dan Puteri UMNO Sg. Chinchin. Hampir 400 pendaftar berjaya di
daftarkan pada hari tersebut dan mereka ini terdiri dari penduduk dan
rakyat kampung MNK sahaja. Hok yang menyokong Bulan pun tersipu-sipu
datang mendaftarkan diri dan mereka tetap dilayan dengan baik oleh
petugas-petugas kerana pada pendirian "Orang UMNO " Kg. Sungai Chinchin
walaupun sokongan parti lain-lain namun kita sekampung dan seagama.
Harap-harap lama-kelamaan mereka ini akan tersedar dan lembut hati
untuk kembali dalam barisan yang lurus dan menyedari siapa yang
sebenarnya berada dijalan kebenaran
Teringat pulak Ucapan Ust. Kamal Saidin di PAU 2011 part persoalan Mungkar Nangkir di Alam Barzakh tuuu...
Apabila
ditanya kepada kamu, SIAPAKAH SAUDARA KAMU? Apakah nanti akan kamu
jawab Lim Guan Eng saudaraku, Lim Kit Siang saudara ku, Karpal Singh
saudara ku atau akan kamu jawab Muslimin Muslimat saudaraku.... YA Nik
Aziz, YA Abdul Hadi Awang........
Jadi
Tahniah MNK ucapkan kepada Petugas-petugas Program BR1M di Kg. Sungai
Chinchin atas layanan yang sama-rata kepada penduduk kampung tanpa
membezakan pegangan parti politik mereka. Semua orang susah kita jaga
dan kita bantu. Mungkin anda telah berjaya mengajak mereka untuk bersama
BN pada PRU13 nanti dalam tidak sedar.
Program Kaunter BR1M Kg. Sungai Chinchin
Apa
pun ucapan Syabas dan Tahniah harus diberikan kepada kedua-dua
Penyelaras BN Gombak ini dan juga kepada jentera-jentera Pemuda, Wanita
dan Puteri UMNO Bahagian Gombak yang telah bertungkus-lumus menjayakan
program satu hari serentak ini iaitu Program Kaunter Pendaftaran BR1M
bagi memastikan rakyat semua tahu siapa sebenarnya yang menjadi Juara
Kebajikan dan siapa yang benar-benar menjaga kesejahteraan dan kebajikan
rakyat.....
No comments:
Post a Comment