Kelihatan
yang sedang ketawa barisan depan nombor dua dari kanan ialah Datuk Dr
Rahman Ismail,mantan Ahli Parlimen Umno Gombak 2004-2008 merangkap
Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang kini paling aktif melakukan kerja-kerja kebajikan terutama untuk rakyat-rakyat miskin.
Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
January,14,2012 at 5.55pm
Kalau pada tanggal 19/11/2011 dulu
Gabungan Ngo-Ngo Gombak pimpinan Datuk Dr Rahman Ismail dengan
kerjasama( IJN) Kuala Lumpur telah mengadakan satu Progrem Pemeriksaan
Jantung untuk rakyat-rakyat miskin di sekitar Batu Cave, secara
percuma,bertempat di Dewan Kesihatan Ibu Bapa,di Klinik Kerajaan, di
Jalan Sungai Tua,Batu Caves,Selangor.
Progrem yang penulis sebutkan di atas itu telah mendapat sambutan yang hebat dari pendudduk Sungai Tua dan disekitarnya.
Maka
itulah sebab-sebabnya pada pagi ini,hari Sabtu, mulai jam 9.00 pagi
hingga jam 12 tengah hari,tanggal 14/01/2012 hari ini, secara berterusan
Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang begitu aktif menjalankan kerja-kerja
kebajikan rakyat 1 Malaysia telah mengadakan progrem pemeriksaan
kesihatan pula.
Gabungan Ngo-Ngo Gombak dipengerusikan oleh Dr
Rahman Ismail dan berkerjasama dengan Persatuan Kebajikan DADMJ India
Selangor telah mengadakan satu Progrem Pemeriksaan Kesihatan untuk
rakyat-rakyat miskin di kawasan Rumah Pangsa Kg.Laksamana,Batu Caves
,Selangor.
Di kawasan Rumah Pangsa Kg. Laksama ini mempunyai
rumah pangsa 10 tingkat beberapa buah blok. Penghuninya adalah
berbilang kaum yang pada umumnya ada mereka yang berpendapatan kecil dan
miskin.
Untuk menjayakan progrem kerja-kerja kebajikan di segi
kesihatan untuk rakyat-rakyat miskin di Kg.Laksamana ini,Datuk Dr Rahman
Ismail telah mendapatkan kerjasama yang tulus ikhlas dari hampir dua
puloh orang kaki tangan(jururawat)kerajaan dari klinik Kesihatan Ibu
& Anak dari Selayang Baru yang diketuai oleh Dr Amaniah.
Gambar di atas kelihatan Datuk Dr Rahman Ismail sendiri telah melakukan pemeriksaan ke atas pesakit dari kaum
ibu India yang datang ke dewan Rumah Pangsa,di Kg.Laksamana itu dan
telah diperiksa oleh Datuk Dr Rahman dengan begitu teliti sekali.
Para
pesakit yang menemui beliau pagi ini rata-rata amat berpuasa hati di
atas pemeriksaan teliti yang telah dilakukan oleh beliau.Bermacam-macam
jenis penyakit telah diperiksa oleh jururawat-jururawat pagi tadi.
Yang
datang untuk mendapatkan rawatan percuma itu ialah dari kalangan
orang-orang miskin berpendapatan rendah yang sedang mengidap
berbagai-bagi penyakit seperti penyakit kencing manis,penyakit darah
tinggi,melakukan pemeriksaan pergigian, penyakit demam denggi dan
sebagainya telah dilayan oleh team jururawat yang bertugas di pagi tadi
dengan penuh dedikasi dan penuh mesra.
Para pesakit yang telah
diperika oleh team Dr Rahman rata-rata amat gembira apabila mereka telah
diperiksa dengan mesra dan diberi nasihat dan ubat-ubatan secara
percuma.
Mereka rata-rata mengharapakan usaha-usaha sedemikian akan di susuli secara terus menerus tanpa nokta oleh badan Ngo-Ngo yang bukan kerajaan atau pun kumpulan apa sahaja.
Yang
lebih afdal lagi ialah team-team kesihatan yang di taja oleh
parti-parti politik tanah air terutama oleh parti-parti politik yang
sedang memerintah Selangor pada masa sekarang.
Kalau badan-badan
Ngo boleh melakukan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat miskin? Kenapa
parti-parti politik yang sedang berkuasa di Selangor tidak boleh berbuat
demikian?
Mereka yang sedang merasa nikmat dari kemenangan yang
mereka capai,tapi kenapa rakyat yang mengangkat mereka ke tempat itu di
lupakan?
Apakah anda tidak mahu berkausa lagi? Kalau masih
berangan-angan hendak terus berkuasa? Maka rakyat miskin seperti di
rumah pangsa di Kg.Laksamana dan di lain-lain tempat janganlah
dilupakan. Gerak geri anda di dalam perhatian pengundi kamu.
Dari
jam 9.00 hingga jam 12.00 tengah hari, penulis lihat pesakit-pesakit
yang mahu melakukan pemeriksaan giji terlalu banyak. Bukan setakat orang
dewasa sahaja tapi golongan kanak-kank juga lebih ramai.
Akibat
ruangan yang terbatas maka tidaklah dapat portal ini siarkan semua
gambar-gambar pesakit gigi yang telah penulis ambil gambarnya.
Disamping
Dr Rahman begitu sibuk membuat pemeriksaan pada para pesakit di ground
floor, di dalam Dewan Pangsapuri Kg Laksamana itu ,beliau terpaksa naik
ke tingkat atas iaitu tingkat 9,8,7 di salah satu rumah pangsa itu
kerana di tiap-tiap tingkat itu ada pesakit orang kurang upaya(OKU)
yang memerlukan rawatan percuma itu.
Penulis,Dr Rahman,Tan Sri
Datin Paduka ZalehaIsmail,penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan dibantu 5
orang jururawat Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan 2 dokter kerajaan yang di
bawa oleh Dato Siva dari SITF( Special Implementation Task Force under
PM's Department) yang diundang hadir dalam progrem pagi ini oleh
Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan Persatuan DADMJ India Selangor.
Gambar
dan kisah-kisah 3 pesaki OKU yang berada di tingkat 9,8,7 itu tidak
dapat penulis paparkan di sini kerana penulis terpaksa berhenti di sini
disebabkan penulis ada progrem lain yang amat specialdan mendadak untuk
ditangani.
Insya Allah akan penulis ceritakan di siri ke 2
bersabit dengan Progrem Pemeriksaan Kesihatan di Rumah Pangsa ,di
Kg.Laksamana itu. Harap maaaf(Posted by abnmulya at1755 hrs on
Jan,14,2012).
No comments:
Post a Comment