Tuesday, 24 January 2012

Pakatan Rakyat pening dengan NGO Selangor yang mengugat MB Khalid Gagap

PERNGERUSI DAN BARISAN EXCO IPMG (NGO GOMBAK)
NGO - NGO Gombak yang bergiat cergas di bawah kepimpinan Dato Dr Rahman Ismail.
Tertarik membaca tulisan MSO ,  Mohd Sayuti Omar yang sememangnya saya kenal  dan beliau adalah penulis  PAS yang baik dan hanya abang Sayuti sahaja yang bernai menghentam PAS , mungkin dia sememangnya tidak berminat untuk menjadi calon atau wakil rakyat PAS.

MSO juga adalah pengkritik kuat dan tidak boleh berlaga angin dengan Husam Musa. Satu ketika dahulu Husam di hentam hingga ke lubang jamban oleh Sayuti. Entah apa  yang di marah sangat dengan  Husam ini.

Semalam saya terbaca tulisan MSO menghentam UMNO Selangor dan katanya UMNO Selangor terdesak fdan sehingga mahu jadi KL Gengster menganggu perhimpunan ABU yang diadakan di dewan MBSA jalan Kebun baru baru ini. katanya UMNO  seakan akan mahu menutup  perbuatan mereka dengan berselindung di bawah NGO.

Ingin juga penuhi tanya kan ada Sayuti , himpunan Bersih  PR berselindung di sebalik badan badan apa.  Mahasewel UPSI  siapa yang berdiri dibelakang  keganasan itu?

Nampaknya peranan  NGO di Selangor amat berkesan sekali, NGO juga menakutkan  PR apabia mereka  gagal unuk menangkis  segala serangan serangan yang dibuat oleh NGO yang tidak mewakili mana mana parti.Di Gombak sahaja ada lebih dari seratus lebih NGO yang bergiat aktif di bawah kepimpinan  Dato' Dr  Rahman Ismail.


Khalid Ibrahim nampak semakin gusar apabila Sayuti sendiri mengakui bahawa NGO di Selangor  berjaya melebelkan  Khalid  sebagai Menteri  Besar yang paling  bebal , sengal dan  bodoh. bagi  Sayuti UMNO Selangor mengambil apa saja, Umno negeri itu sudah jadi seperti belut di atas bara bergelepar penuh dengan abu dan arang.

Katanya lagi: Umno sudah jadi tidak siuman dan kehilangan kiblat. Malangnya dengan kejadian itu tidak ada orang Umno tampil ke depan mengakui dan memohon maaf. Umno Selangor cuba memberi gambaran mereka tidak terlibat walaupun sejuring. Tunggulah setahun dua tahun lagi apabila beberapa budak yang mengambil bahagian di dalam aktiviti kacau ganggu itu sedar dan insaf, matang mereka akan tampil menceritakan kisah itu.

Kesimpulan : Gombak harapan nak tanya Sayuti, kenapa jadi meroyan jika UMNO atau NGO tidak kuat untuk menguguat PAS. Sayuti  seolah olah orang yang hancur dan kecewa dengan kebangkitan UMNO dan badan NGO yang selari di Selangor. Untuk pengetahuan  Sayuti NGO NGO di Selangor akan terus menyerang kerajaan Selangor dan melakukan kerja kerja amal untuk rakyat.

Oleh : Azimah Zamani ( Harapan Gombak )

No comments:

Post a comment