Sunday, 29 January 2012

Bila Malaysia Ada Polisi Melindungi Keselamatan Israel?

anwar_support_israel
DALAM usaha mengurangkan ketegangan yang timbul akibat komitmennya untuk melindungi keselamatan Israel jika berjaya menjadi Perdana Menteri kelak, Anwar dilaporkan sebagai berkata, kenyataannya itu adalah selari dengan polis negara dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memang ya tapi Malaysia?
Anwar kata kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel itu adalah selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan “Penyelesaian Dua Negara” yang disokong Malaysia.
Penulis lihat Anwar semakin  hilang ‘seni’ memutar belit sebab apa pun polisi mengenai kewujudan negara Israel dan Palestin yang disokong Malaysia seperti di dakwanya, itu tidak sama sekali bermaksud ‘melindungi keselamatan Israel’ seperti yang disebutkan Anwar dalam temubualnya dengan The Wall Street Jurnal’ pada Khamis.
Negara Malaysia tidak mungkin akan melindungi Israel, apatah lagi mempunyai polisi seperti itu dalam dasar antarabangsanya.  Malaysia adalah penyokong kuat penubuhan negara Islam Palestin dan berulang kali menyokong rakyat Palestin dalam menghadapi pencabulan antarabangsa oleh tentera Zionis.
Ya, tentera Zionis yang Anwar nak melindungkan keselamatannya itulah.
Jadi penulis harap, toksahlah terpedaya dengan kenyataan Anwar.  Penulis nak jelaskan sekali lagi, apa pun persetujuan Malaysia di peringkat antarabangsa mengenai Israel dalam hal penyelesaian isu Palestin, tidak ada satu pun yang bermaksud bahawa negara ini akan melindungi keselamatan Israel seperti yang disebutkan Anwar.
Dan jangan lupa, ini bukan kenyataan kali pertama, Dr. Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden PKR) dalam siaran Buletin Utama semalam mendakwa Anwar pernah keluar kenyataan sama di Australia pada 2006.

Oh ya, tidak lupa disebutkan, Anwar ada ‘memberi amaran’ kepada sesiapa supaya jangan memutar belitkan kenyataannya itu (siapa yang putar belit?) atau menghadapi saman dari pasukan peguamnya.
Dalam hal ‘tafsiran’ ni cepat saja Anwar nak menyaman, sebab dia tau boleh diputar belitkan.  Walhal pada Sabtu, ada kenyataan ‘jelas’ dari Trio Datuk T akan penyebaran video seks kedua yang melibatkan Anwar.
Kenapa yang itu sibuk taknak saman?

No comments:

Post a Comment