Monday, 16 January 2012

Rakyat nilai sendiri


Datuk Seri Mohamad Hasan
SEREMBAN – Rakyat boleh menilai sendiri siapa sebenarnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kenyataan Anwar yang mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual dan mahu ia disemak semula adalah tindakan yang mungkin mempunyai agenda besar di sebaliknya.

Bagaimanapun katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, sudah pasti jika dibuat undian, 90 peratus rakyat tidak akan bersetuju terhadap kenyataan Anwar.

“Ia sudah jelas membuktikan Anwar jenis orang yang bagaimana.

“Justeru, rakyat boleh menilai sendiri keperibadian Anwar. Rakyat perlu membuat penilaian yang betul supaya tidak tersilap memilih pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar dalam satu wawancara dengan BBC Asia, Khamis lalu.

Dalam wawancara itu, Anwar menyatakan supaya sebahagian undang-undang lapuk negara disemak semula ketika ditanya berkaitan golongan gay di negara ini.

No comments:

Post a Comment