Saturday 28 January 2012

Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak Merasmikan Persatuan Penduduk Jalan Bacang,Sg.Tua,Batu Caves.

Beginilah keadaan rumah-
rumah penduduk setingan
Pada pagi ini,kira-kira jam 10.00 pagi,tanggal 29 hb Januari 2012, Datuk Dr Rahman Ismail,Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak,merangkap mantan Ahli Parlimen Umno Gombak,penggal 2004-2008 telah merasmikan Mesyuarat Agong yang pertama (Persatuan Penduduk Jalan Bacang,Batu 9,Sungai Tua),Batu Caves,Selangor.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah pun meluluskan Pendaftarannya, pada tahun lalu iaitu pada bulan Ogos,2011. Persatuan ini di Pengerusikan oleh bintang TV tempatan yang terkenal Encik Mubarak bin Haji Majid dan Setiausahanya ialah Encik Jupri bin Untut.


Encik Mubarak bin Hj.Majid,
Pengerusi Persatuan PPJB..
Sebenarnya penduduk-penduduk yang mendiami kawasan Jalan Bacang ini ialah para penduduk setinggan yang telah mendiami di kawasan tersebut selama lebih 20 tahun.Sebanyak 59 buah rumah setinggan ada di sana dan jumlah para penduduknya ialah disekitar 200 orang lebih.

Jika kita berbicara fasal mengundi di dalam satu-satu piliharaya umum? Maka para pendudduk yang boleh mengundi dari kawasan setinggan ini lebih dari dua ratus orang banyaknya. Jumlah ini telah diberi tahu oleh Encik Jufri bin Untut pada penulis.

Menurut Encik Jufri pada tiap-tiap satu rumah yang berada di kawasn setinggan ini,boleh dikatakan penduduk-penduduk yang layak mengundi hitung panjang 4 atau 5 orang. Satu jumlah yang besar juga iaitu satu jumlah yang boleh jadi faktor memenangkan atau mengkalahkan sesuatu parti yang turut bertanding.


Dari kiri En.Jupri,En.Mubarak & Dr.Rahman,Fadli




Encik Mubarak bin Hj.Majid,selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Bacang dalam ucapaan alu-aluannya telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terhadap kehadiran tetamu kehormat yang diketuasi oleh Datuk Dr Rahman Ismail,dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Sekaligus beliau telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terhadap komitmen tinggi di atas kehadiran penduduk-pendudk kampung di dalam Mesyuarat Agong itu dan beliau
mengharapkan moga-moga Allah SWT menerimanya dan meletakkan komitmen-komitmen itu sebagai amal soleh yang melonjakkan kesan langsung yang lebih bermanfaat kepada kelangsungan majlis tersebut..

Mereka bermesyuarat duduk bersila

Selanjutnya Encik Mubarak bin Hj.Majid telah menegaskan berhubung dengan intizam oleh penduduk-penduduk Kampung Jalan Bacang bagi melonjakkan peranan yang berkesan ke arah hala tuju dan matlamat penduduk kampung.

Menueurutnya bagi tahun pertama, Pelaksanaan Persatuannya telah berjaya membentuk satu organasasi yang baik. Justeru itu Persatuan Penduduk telah melakukan berbagai-bagai program yang bermanfaat dan sekaligus dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama penduduk-penduduk kampung.

"Saya amat berbesar hati dan ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas semua kerja sama, permaufakatan dan interaksi diantara penduduk-penduduk kampung demi memajukan kampung kita ini.

Kaum ibu pun duduk bersila juga
"Sebagai penduduk-penduduk kampung kita harus memainkan peranan yang baik untuk memastikan agar kampung kita ini sentiasa aman damai dan ini akan memudahkan lagi proses pembesaran anak-anak kita dengan baik dan sempurna," katanya dengan penuh harapan...

Ketika mengakhiri ucapannya En Mubarak telah menyeru kepada semua para penduduk Jalan Bacang,Sg.Tua ,agar sama-sama bermaufakat dan bersatu hati untuk menjadikan Kampung Jalan Bacang,Batu 9,Sg Tua sebagai sebuah kampung setinggan yang maju dan aman damai.

Datuk Dr Rahman sedang berucap
Datuk Dr Rahman Ismail,Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang begitu aktif mendekati rakyat dalam ucapannya sebelum merasmikan mesyuarat agong tersebut. Beliau terlebih dahulu telah mengucapkan banyak terima kasih kerana AJK Persatuan Penduduk Jaln Bacang Sg Tua telah sudi menjemput beliau merasmikan Mesyuarat Agong Pertama Persatuan Kampung Jalan Bacang pada pagi itu.


Kemudian beliau telah mengenalkan barisan pemimpin dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang turut serta dalam majlis tersebut.kepada para penduduk Kampung Jalan Bacang,Sg Tua, agar sama-sama dapat kenal mengenal antara satu sama lain demi untuk terus menyambung perhubungan antara kedua belah pihak dari masa ke masa yang mendatang.

Para penduduk bergambar beramai-ramai

Dalam ucapan mukadimahnya itu beliau telah menyatakan bahawa semasa beliau menjadi (MP) ahli parlimen Umno Gombak, penggal 2004 hingga 2008 dulu itu bahawa beliau pernah datang ke Kampung Jalan Bacang ,tapi perhubungannya dengan penduduk-penduduk Kampung Jalan Bacang ,Sg Tua tidak mempunyai contact point yang cukup jelas.


Menuerut Datuk Dr Rahman,sebenarnya beliau selalu lihat En Mubarak, di Kampung Sg Tua berdekatan dengan masjid Sg Tua itu,tapi beliau tidak tahu bahawa En Mubarak adalah penduduk di Kampung Jalan Bacang,Sg Tua, yang beliau lawat pada pagi itu.


."Alhamdulilah! Pada pagi ini, saya telah berada di kampung ini dan saya telah dapat melihat dengan jelas keadaan structur rumah-rumah di sekeliling kampung ini dan saya telah dimaklumkan oleh En Jupri, setiausaha persatuan berapa banyak rumah setinggan telah ada di sini dan jumah orang-orang yang sedang mendudukinya," katanya.


Keadaan lorong rumah setinggan


Datuk Dr Rahman telah memberi pujian pada para penduduk kampung jalan bacanag kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat agong yang pertamanya.Masih tidak terlewat walaupun setelah 20 tahun lamanya telah ujud kampung setinggan di sini.


Datuk Dr Rahman berkata,yang penting kini anda telah mempunyai satu persatuan penduduk yang telah di luluskan oleh pihak yang berkuasa..


Beliau berkata,dengan itu ianya bererti anda semua di Kampung Jalan Bacang ini telah mempunyai satu persatuan penduduk yang sah,untuk anda jadikan selaku wadah untuk memperjuangkan lebih giat lagi segala kepentingan penduduk-penduduk di sini lebih releven lagi.

Juadah yang disediakan untuk tetamu

"Pihak Gabungan Ngo-Ngo Gombak mengalu-alukan jika persatuan anda ingin bergabung di dalam badan gabungan Ngo-Ngo Gombak di bawah pimpunan beliau. Dengan berbuat begitu maka segala masalah yang sedang dihadapi oleh anda dapat diuperjuangkan lebih efektif lagi jika anda bergabung dengan kami," tegas beliau.


Menurut Datuk Dr Rahman bahawa Gabungan Ngo-Ngo Gombak mulai detik ini,mulai hari ini, memang berhasrat untuk merapatkan hubungan dengan PPJB dan duduk semeja dengan AJK Persatuan Penduduk-penduduk Kampung Jalan Bacang untuk membincang masalah terbesar yang sedang anda hadapi di kampung tersebut.


Beliau berkata, sesuatu yang berkisar tentang perkara asas dan hak asasi seseorang manusia boleh kita bincangkan.Yang dikatakan soal asas dan hak asasi itu ialah, seperti hak tempat tinggal setiap rakyat iaitu, soal perumahan,soal ekonomi,hak mendapatkan pelajaran untuk anak anda,hak kemudahan asas seperti api dan air untuk penduduk dan soal sosial para pendudduk pada sesuatu tempat adalah merupakan soal asas asas pada setiap orang dan sebagainya.untuk di selesikan .

En Jupri bin Untut setiausaha PPJB

Ianya boleh diselesaikan satu demi satu masalah. Boleh diperjuangan kerana kini masalah yang anda hadapi adalah merupaka masalah dan perjuangan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak juga. Jadi,marilah kita bersama-sama duduk sebumbung,,semeja, membincangkan bersama dengan ikhlas dan terus terang.


"Kini saya masih kabur lagi apakah yang penduduk di sini perlukan dari kami dan apa bendanya yang kami boleh beri bantuan.Misanyal soal tanahkah,soal perumahankah,soal tempat ibadahkah seperti suarau dan sebagainya boleh anda bentangkan dan kita boleh bincangkan bersama.


"Setelah kita bincangkan secara muktamad maka senanglah bagi kami mengangkat masalah anda itu kepada pihak yang berkuasa yang mana satu untuk dimajukan, disertakan dengan alasan-alasan yang kukuh dan munasabah agar segera selesai.

"Dalam masa yang sama segala aktiviti-aktiviti yang sedang anda jalankan masih boleh terus dijalankan.demi untuk kebajikan para penduduk Kampung Jalan Bacang yang dimuliakan," katanya sebagai memberi pengakuan yang tegas


Beliau berkata,dalam konteks untuk kita memperjuangkan masalah anda itu, kita mesti pilih dan mesti ada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang bijak,cekap dan punya banyak pengalaman dan sekaligus begitu perihatin tentang nasib rakyat.


Contohnya kita semua maklum bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, amat tegas dan begitu perihatin tentang kebajikan rakyat dan beliau sangat tegas sekali untuk memperjuangan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat terutama pada rakyat yang miskin dengan sebaik yang boleh..

Justeru itu,marilah kita bersama-sama sebulat tekad mesti memeberi sokongan yang padu dan berterusan pada beliau demi kesejahteraan dan kestabiln anda semua.pada masa kini dan di masa-masa yang mendatang
sumber : ABN Mulia

No comments:

Post a Comment