Saturday 28 January 2012

RELA PERLU SENTIASA DI HATI RAKYAT - PERDANA MENTERI

29 Jan : Serdang : Seramai 35,000 orang ahli RELA dari seluruh negara telah berkumpul dalam satu majlis perbarisan sempena Program Sambutan Perdana Ulang Tahun Pasukan RELA yang ke 40 tahun. Perdana Menteri Malaysia , Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan Program Perbarisan ini. Turut sama dalam perbarisan ini ialah Pasukan RELA dari daerah  Gombak yang dipimpin oleh Pengerusi Kehormat persatuan pegawai pegawai RELA Daerah Gombak , Kolonel Kehormat Dato' Dr Rahman Ismail. Perdana Menteri dalam ucapan beliau mahukan agar RELA sentiasa berada di hati rakyat.
Kolonel Dato' Dr Rahmanbersama  Pegawai pegawai kehormat dan anggota RELA Gombak  dalam Program  Perdana  Ulang Tahun RELA ke 40 .

Kolonel Dato' Dr Rahman (empat  dari kiri) dan sebahagian dari Pegawai Pegawai RELA daerah Gombak dalam upacara Perbarisan Sambutan Ulang Tahun  Rela Ke 40 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment