Friday 20 January 2012

PKR malukan PAS selambe aja

Ramai penyokong PAS yang bertambah kecewa dengan apa yang menimpa  Hasan Ali dan lebih malang  bagaikan  sudah jatuh ditimpa tangga apabila jawatan Exco agama Selangor  dirampas dari PAS dan diberikan kepada Keadilan.

" Apa  PAS tak tahu agama ke? apa orang keadilan lebih hebat pengetahuan agama mereka dari kita ka??? " kata Isa  Manaf , seorang penyokong kuat PAS  di Taman Seri Gombak. Cukuplah apa yang telah dibuat oleh Tan Seri Khalid kepada Hasan Ali. Kami begitu kecewa dengan PKR Selangor .


"Kenapa mereka takut dengan Ronnie Liew ? Kenapa mereka begitu teruja dengan Teresa Kok. Ini soal agama bukan soal politik " tambah Isa. Kalau beginilah cara PKR eloklah PAS keluar dari pakatan ini, jangan hanya kerana mahukan kuasa agama dan moral bangsa kita tergadai.

Malang sungguh apabila  EXCO  Agama diberikan kepada Keadilan dan bukan PAS , mana mahu mereka letakkan muka sebagai ahli PAS. macam mana mahu mereka jelaskan kepada  pengikut mereka bahawa mereka adalah second best atau  mungkin forth best dalam PKR.

Ramai yang malu pada diri mereka hanya yang tak malu adalah mereka yang sentiasa  tidak tahu di mana  mahu menjaga imej mereka agar tidak di malukan.

No comments:

Post a Comment