Tuesday 17 January 2012

DR. HASSAN ALI LUMPUHKAN PAS GOMBAK...UMNO AKAN RAMPAS DUN GOMBAK SETIA!


Rata-rata semua penyokong PAS di Gombak Setia kebinggungan dan seperti layang-layang terputus tali. Keyakinan mereka kepada perjuangan mereka yang selama ini diyakini dan diperjuangkan tanpa berbelah bagi menjadi goyah. Mereka keliru, mereka hilang keyakinan, mereka rasa diri mereka tertipu dan paling sedih mereka teranaiya.

Kalau dulu mereka berjuang bersama PAS adalah semata-mata mereka ingin menegakkan Islam dan memperkasakan Islam dibumi Malaysia ini khususnya di DUN Gombak Setia. Mereka lah yang bertungkus-lumus dan bekerja untuk memastikan calon PAS pada PRU-12 dulu di DUN Gombak Setia iaitu Dato' Dr. Hassan Ali menang. Mereka berkorban masa, tenaga dan harta untuk memastikan kemenangan calon PAS yang bertanding. Mereka ahli marhain tidak mengharapkan apa-apa kecuali ingin melihat pemimpin mereka dan calon mereka ketika itu yang mewakili DUN Gombak setia menang dan membawa aspirasi perjuangan mereka iaitu menegakkan Islam di Selangor dan DUN Gombak Setia khususnya.


Dan secara jujur MNK katakan bahawa Dato' Dr Hassan Ali tidak mengkianati mereka. Beliau berpegang dan memikul tanggung-jawab itu dengan sebaik mungkin dan telah membuktikan beliau memperjuangkan Islam dan Melayu walaupun bersorangan malah mendapat kritikan, teguran dan hinaan oleh pemimpin-pemimpin parti beliau sendiri iaitu PAS. Namun agama dan bangsa tidak boleh dijual beli bagi Dato' Dr. Hassan Ali. Tidak seperti rakan-rakan beliau  walaupun  sama parti. Akhirnya ketegasan dan pegangan kuat pada prinsip, beliau telah dipecat.



Persoalannya sekarang apa pula pegangan dan prinsip ahli-ahli PAS yang lain? Apa pula pegangan dan prinsip pengundi-pengundi dan penyokong PAS marhain di Dun Gombak Setia ini? Masih kah kita tidak sedar lagi? Pemimpin yang kita pilih untuk mewakili kita sebagai wakil rakyat dikawasan kita yang mana beliau telah membawa tanggung-jawab dan amanah kita dengan begitu baik sekali telah diperlakukan sebegini. Dipecat dari Parti dan dilucutkan dari Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO)? Walhal kalau kita imbas sekali apakah salah tindakan dan kritikan serta perlaksanaan yang telah Dato' Dr. Hassan Ali lakukan itu kalau dilihat dari sudut Agama, Bangsa dan Negeri? Sudah pasti jawapannya tidak.


Namun kalau dilihat dari sudut perikatan parti, gabungan PAS, PKR dan DAP. Beliau salah dan mesti dipecat kerana beliau melemahkan dan boleh memecah-belahkan ikatan Parti. Boleh memecah-belahkan ikatan Pakatan Rakyat. Yang mana kita hendaklah menuruti dan menjaga apa saja kehendak DAP. Kena jaga hati DAP. Kena ikut cakap DAP kena tunduk dan patuhi kehendak DAP. Bagaimana kehendak kita punya parti? Bagaimana pula kehendak Parti PAS punya Ahli? Berapa banyak prinsip dan manifesto parti yang sanggup kita perjudi? Berapa banyak lagi yang sanggup kita gadai kerana turuti kehendak DAP?


Mana pergi Ustaz Ismail Kamus? Mana pergi Ustaz Harun Din? Kini tiba giliran Dato' Dr. Hasan Ali 
Fikir-fikirlah wahai pemimpin, ahli, penyokong dan pengundi PAS.... Tanya pada hati dimana harga diri?...
Depa untung kita rugi....

No comments:

Post a Comment