Wednesday 18 January 2012

BANGKIT PEMIMPIN HARAPAN GOMBAK !! AYUH KITA TAWAN KEMBALI ..

Said Anuar  - Beliau adalah seorang ahli perniagaan
Dato' Dr Rahman Ismail seorang ahli akadami ( Doktor Perubatan) yang dekat dengan rakyat di Gombak
YBhg Datin Sharifah Salmah binti Syed Agil , memimpin wanita UMNO Gombak dan disenangi oleh rakyat

Tuan Haji Rahim kamaruddin Ketua UMNO bahagian Gombak.
Dato' Haji Megat Zulkarnian , ketua pemuda UMNO Gombak. yang bekerja keras mendekati rakyat Gombak
Gombak bukanlah merupakan  kubu kuat pembangkang. Gombak pasti kembali ke tangan Barisan Nasional pada PRU13  kerana  Gombak adalah merupakan   kubu  kuat  Barisan Nasional sebelum ini. Walaupun tewas pada tahun 2000 kepada  pembangkang tetapi Gombak ditawan kembali pada  2004 dan oleh kerana Tsunami Politik Nasional yang bergolak pada  tahun 2004, Gombak tidak terkecuali dan akhirnya kembali ke tangan pembangkang.

Gombak sebenarnya mempunyai cukup pemimpin yang layak untuk dibariskan bagi menghadapi pembangkang pada PRU13 ini dan komitmen yang bersungguh dari  kesemua kepemimpinan  UMNO Gombak ketika ini dapat kita  simpulkan  sebagai mereka kini telah bersedia dan mempastikan  dan  menjamin kemenangan BN pada PRU13 ini di Gombak milik Barisan Nasional.

Beberapa berapa tokoh yang boleh di ketengahkan sebagai pemimpin yang boleh menjadi calon menang di Gombak kini sedang bekerja keras untuk mendapatkan sokongan dari rakyat. Yang menarik adalah kesemua kepimpinan tertinggi UMNO sedang menjalankan tanggungjawab mereka bersama sama   untuk menjamin kemenangan UMNO tanpa mengira sama mereka  akan terpilih sebagai calon atau tidak mahupun kerusi mana yang akan mereka tandingi jika terpilih.

UMNO Bahagian dan juga sayap sayap UMNO Bahagian Gombak sedang giat menyusun strategi turun bertemu dengan rakyat. Banyak program program yang disusun  bagi memastikan  UMNO akan jadi pilihan pengundi  pada PRU13 yang akan datang. Kemelut yang melanda PAS pada ketika ini adalah satu kesempatan yang baik bagi UMNO untuk mendekati penyokong PAS dan baru baru ini seramai 102  orang telah menyertai UMNO. Dijangkakan lebih ramai lagi ahli PAS akan menyertai UMNO dalam masa yang terdekat.

UMNO Gombak yang dipimpin oleh Ketua Bahagian Tuan Haji Abdul Rahim bin Kamarudin,Timbalan Ketua Bahagian , Tuan Haji Said Anuar bin Said Ahmad Naib Ketua Bahagian 
Sdra Abd Aziz bin Jenthan Ketua Pergerakan Wanita YBhg Datin Sharifah Salmah binti Syed Agil Ketua Pergerakan Pemuda Sdra Megat Zulkarnain bin Dato' Omardin dan Ketua Pergerakan Puteri  Sdri Rozazita binti Daud adalah merupakan gandingan yang mantap untuk memastikan UMNO menawan kembali kesemua kerusi DUN  dan juga Parlimen Gombak.

Berdiri teguh dibelakang  kepimpinan UMNO bahagian  Gombak  bagi merealisasikan matlamat perjuangan adalah barisan barisan pemimpin UMNO akar  umbi seperti  Dato' Dr Rahman Ismail yang memimpin  gabungan  gabungan  NGO Gombak . Beliau adalah juga merupakan mantan Ahli Parlimen Gombak yang tidak bertanding pada tahun 2008 selain  dari  Dato' Fuad Hasan  dan Hajjah Dato' Zaleha Ismail.

Gombak mempunyai ramai pemimpin yang boleh di ketengahkan sebagai calon pada PRU13 nanti. Gombak juga  mempunyai  pemimpin yang dedikasi, yang mempunyai pencapaian akademi yang baik dan juga pemimpin yang matang berpolitik. Mereka boleh menandingi kriteria kriteria yang ada pada calon pembangkang. Gombak juga mempunyai calon yang boleh mengalahkan calon pembangkang seperti  Azmin Ali atau sesiapa saja yang akan bertanding di Gombak. Gombak juga mempunyai ahli akademi yang boleh menandingi jika sekiranya  Aziz bari akan  bertanding dikerusi Parlimen Gombak

Perhubungan UMNO Selangor perlu membuat pemilihan yang cermat dan juga rapi bagi memastikan bahawa  calon yang dipilih adalah calon yang tepat dan yang boleh memenangi hati pengundi. Gombak yang juga merupakan lembah ilmu yang mana terletak Universiti Islam  Malaysia dan warga Gombak ini juga  adalah merupakan mereka mereka dari golongan orang yang terpelajar.

Pemimpin Gombak perlu meneruskan usaha murni mereka untuk mendekati rakyat tanpa memikirkan akan siapakah calon pilihan yang akan mewakili BN di  Dun dan Parlimen Gombak.

Dengan perubahan  senario politik UMNO di Gombak sekarang yang dilihat sebagai  tenang dan sedang mencapai satu tahap yang paling baik dengan gandingan gandingan muka muka lama dan juga muka muka baru yang kini menanamkan satu semangat  untuk  memenangkan Gombak. Jika ini berterusan sehingga PRU 13 nanti , tiada sebab Gombak gagal  ditawan kembali.

Oleh: adijagat Gombak
bersambung :

1 comment:

  1. aku doakan Gombak kembali ke tgn UMNO utk selamanya...bkan stkat Gombak,tp sume2 tmpt yg dipegang pembangkang,aku hrp UMNO dpt rmpas blek...sme2 kte jge Malaysia ni...kte kne ingt,jgn smpy nasib kte sume,jd mcm nasib org Melayu P.Pinang yg ditindas...

    ReplyDelete