Wednesday 18 January 2012

Program Gabungan Ngo-Ngo Gombak: Pemeriksaan Kesihatan Siri:2 Di Pangsapuri Di Kg.Laksamana


Kelihatan jururawat-jururawat tetap merasa gembira memberi khidmat mereka secara sukarela kepada pesakt-pesakit di dalam Dewan rumah Pangsapuri di Kg. Laksamana
,Batu Caves, Selangor,pada pagi Sabtu,tanggal 14/01/2012. Progrem pemeriksaan Kesihatan adalah anjuran Gabungan Ngo-Ngo Gombak & Persatuan Kebajikan DADMJ ndia,Selangor.


Hj.Abu Bakar Ninggal
Jan,18,2012 at 0.23am.

Sebagai memenuhi janji yang telah di ikrarkan pada penjengguk portal ini, maka di bawah ini ada penulis paparkan kisah-kisah dan gambar-gambar berhubung dengan para pensakit yang telah diperiksa oleh Dr.Rahman Ismail dan dua orang lagi dokter, di tingakat 9,8,7 di Pangsapuri Kg.Laksamana, di DUN Batu Caves,Selangor.

(Gambar kanan:Datuk Dr Rahman Ismail sedang melakukan pemeriksaan ke atas Mak Cik Tengku Zainon sementara Tan Seri Paduka Zaleha Ismail,penasihat Gabungan Ngo-Ngo Gombak berbual-bual.Apahkayang dikatakan Mak Cik Zainon hinggakan Tan Seri Paduka Datin Zaleha ketawa?) 

Pemeriksaan (OKU) dari rumah ke rumah ini (house call) dimulakan dengan pergi mengunjungi ke rumah Mak Cik Tengku Zainon, seorang Ibu tunggal,berusia 75 tahun,mendiami rumah anak perempuannya,di Tingkat 9, di Pangsapuri Kg . Laksamana,Batu Caves,Selangor.

Mak Cik Zainon berasal dari Dungun, diTrengganu. Ketika masih muda dan tenaganya masih kuat beliau bekerja sebagai tukang masak,di rest house, di Trengganu.

Selaku tukang masak kerja-kerja yang dibuatnya itu lazimnya terpakasa banyak berdiri ketika melakukan kerja masak memasak. Apabla sudah tua dia terpaksa menderita sakit kaki dan tidak boleh berjalan.
Penyakit yang sedang dihidapi oleh Mak Cik Tengku Zainon ialah, penyakit lelah dan sakit kaki.

(Gambar kiri: Jururawat sedang memeriksa
tekanan kepanasan di badan Puan Rajomah). 


Akibat sakit kaki yang ditanggungnya itu menyebabkan Mak Cik Zainon tidak boleh berjalan.

Dia bergerak ke sana ke mari di dalam rumah tersebut dengan cara mengesut-esut sahaja.

Jika hendak ke mana-mana terpaksa ada orang yang mengangkatnya untuk diletak ke dalam kerusi roda. Itulah sebabnya dia tidak dapat turun ke dewan di mana pemeriksaan kesihatan yang sedang dilakukan oleh Team Datuk Dr Rahman, Ismail di ground floor.

Setelah selesai melakukan pemeriksaan penykit-penyakit yang dideritai oleh Mak Cik Tengku Zainon, team pemeriksaan kesihatan yang di ketuai oleh Dr Rahman turun ke tingkat 8 pula. Di tingkat 8 ini team pemeriksaan pergi ke rumah Puan Rajomah.

Puan Rajomah berusia 57 tahun.Penyakit yang sedang dideritainya ialah sakit kaki juga. Beliau pun tidak boleh bangun dan tidak boleh berdiri sendiri.Perlu ada orang yang membantunya .

Beliau mempunyai 3 orang anak. Segala kerja-kerja di rumah akan dibuat oleh suaminya sebaik sahaja telah balik kerumah selepas bekerja.

Seterusnya team pemeriksaan kesihatan ke rumah yang ke:3 di tingkat 7 pula. Di tingkat ini team pemeriksaan kesihatan telah masuk ke rumah Sdr Kumarasan,berusia 43 tahun yang telah kudung kaki kanannya akibat kemalangan jalanraya.

Kaki kanannya telah jadi kudung akibat kemalangan yang telah menimpanya beberapa tahun yang lalu.Dia tidak boleh berbuat apa-apa.

Di berkata,pihak sokso ada membuat pembayaran sekaligus dan wang tersebut sudah pun habis digunakan.Untuk meneruskan hidup hanya isterinya sahaja yang bekerja dengan gaji RM600-00 sebulan. Sedang sewa rumah pangsa itu berharga RM350-00 sebulan.Berapa ringgit sahaja yang berbaki? Begitulah nasib rakyat miskin.

Menurutnya, sehingga team pemeriksaan kesihatan ke rumahnya, masih belum ada sebarang bantuan dari badan kebajikan kerajaan untuk memberi bantuan pada beliau dan keluarga mereka walau pun telah dipohon.

(Gambar kanan: Sdr Kumarasan sedng menerngkan sesuatu pada Dokter yang hendk memeriksa penyakit beliau)

Datuk Dr Rahman Ismail telah mengarahkan pembantunya di Gabungan Ngo-Ngo Gombak mencatit segala masaalah yang sedang dihadapi oleh 3 orang pesakit (OKU) itu.

Catitan-catitan berhubung masalah sosial dan masalah kehidupan mereka itu akan segera diketengahkan kepada "relevant authority" agar mereka yang susah-susah itu dapat sedikit bantuan kewangan untuk meringankan beban kesusahan yang sedang mereka tanggung.

Majlis pemeriksaan kesihatan itu tamat kira-kira jam 1.00 tengah hari. Sebelum itu tokoh-tokoh badan ngo-ngo telah memberi ucapan masing-masing dihari tersebut.

Ucapan penutup
Datuk Dr Rahman Ismail(gambar kiri)dalam ucapannya beliau telah menyatakan bahawa termauk progrem yang kita lakukan hari ini( 14/01/12),ini bererti Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan Persatuan Kebajikan DADMJ India Selangor telah mengadakan 2 majlis perhatin rakyat di Pangsapuri Kg.Laksamana ini.

Pada tanggal 18/12/2011 dulu Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan Persatuan Kebajikan DADMJ India Selangor telah memberi HAMPER kepada Ibu-Ibu tunggal seramai 50 orang di tempat yang sama juga.

Pada hari ini iaitu,hari Sabtu, pada tanggal 14/01/2012 Gabungan Ngo-Ngp Gombak dan Persatuan Kebajikan DADMJ India Selangor, sekali lagi mengadakan progrem Pemeriksaan Kesihatan kepada para penduduk Pangsapuri Kg.Laksamana,Batu Caves,Selangor.

"Hari ini,kita turun menemui rakyat dan melakukan pemeriksaan kesihatan bukan sahaja di dalam dewan di ground floor Pangsapuri Kg.Laksamana ini,malah kita juga lakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah (house call) ke atas 3 orang pesakit (OKU) di tingkat 9,8,7."' katanya.

"Sebenarnya bukan sahaja kita melihat kesihatan rakyat,malah kita juga melihat permasalahan rakyat pada keseluruhannya( as a whole). Sepereti masalah kebajikan mereka,masalah perjalanan hidup mereka,masalah kehidupan harian mereka,masalah sosial di sekitaranmereka dan sebagainya," tegas Dr Rahman dengan bersungguh-sungguh.

Seterusnya Datuk Dr Rahman berkata, setelah kita dapat mengenal pasti permasalaan rakyat secara lebih dekat lagi?

Maka mudah bagi kita menentukan peranan kita dan sekaligus senang bagi kita mencari formula untuk menolong, membantu, mengatasi masalah-masalah yang sedang menghimpit kehidupan mereka.

(Gambar atas kanan:Dato Sive sedang berucap di majlis penutup progrem Pemeriksaan Kesihatan itu).
Dengan kata lain senanglah kita membuat diagnosa jenis permasalahan mereka secara mendalam.Kita tidak berjalan di dalam keadaan gelap gulita dan segala bantuan yang sedang dan akan berikan itu tepat menuju sasarannya.

Sebelum Datuk Dr Rahman berucap di majlis tersebut, Dato Siva mantan pemimpin trade union telah berucap lebih awal dan intipati ucapan beliau itu selain beliau telah mengucapkan tahniah kepada Gabungan Ngo-Ngo Gombak dan Persatuan Kebajikan DADMJ India yang telah berjaya mengadakan Progrem Pemeriksaan Kesihatan di Pangsapuri Kg.Laksamana.

Menurut Dato Siva porogrem pemeriksaan kesihatan yang dilakukan untuk rakyat secara percuma ini, sangat baik dan semua rakyat 1 Malaysia akan merasa amat gembira kerana dapat faedahnya.

Dato Siva dijemput hadir ke majlis itu mewakili SITF (Special Implementation Task Force under PM's Deparment). Dikesempatan ini Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak,Datuk Dr Rahman Ismail menghantar SMS kepada Dato Siva. SMS-nya adalah seperti berikut

"Salam Dato Siva, it was great meeting U at the program at Pangsapuri Kg.Lakasamana just now,I hope SITF( Special Implementation Task Force under PM's Department and Gabungan Ngo-Ngo Gombak in which I am the chairman will continue to work together to hear and feel the heartbeat of the poor irregardless of race or religion. Keep touch with warmest regard- from Datuk Dr Rahman Ismail.(Posted by abnmulya at 0.23 am on Jan,18,2012).
sumber: http://abnmulya.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment