PENULIS menjangkakan,
dengan terbongkarnya skandal pasir di Selangor ini, akan ada seorang
lagi rakyat Selangor aka kroni PKR yang akan dihantar menetap di luar
negara. Negara pilihan adalah antara London dan Indonesia, bergantung
kepada keberatan kes.
Dan duit siapa yang bakal menanggung
kehidupan orang ini nanti. Sudah tentulah duit negeri mana yang
menghantar, besar kemungkinan, Selangorlah.
Kalau tidak silap agakan penulis itu,
kita sudah boleh meneka siapa dikalangan nama-nama ini yang bakal
‘hilang’ dalam jangka masa terdekat. Antara Adnan Bin Abd Mokhtar,
Siti Rosmaliza Binti Meo Rasli atau Marzaniyah Binti Arshad.
Ya, kesemua mereka adalah pengarah
syarikat Double Dignity yang dikaitkan dengan skandal pasir yang sedang
menggegar kerajaan Selangor hari ini.
Memang benar skandal sama pernah
menggegar pada 2010, tapi pada ketika itu yang terlibat hanya nama ADUN
Seri Muda Shuhaimi Shafei terkait, syarikat Double Dignity dan Amirudin
Shaari tidak muncul dimana-mana.
Begitu juga dengan rakaman perbualan telefon yang didakwa berlaku antara Suhaimi dengan kontraktor pasir.
Kesemua itu tidak wujud pada 2010 ketika
skandal yang pertama terbongkar. Tapi kali ini berbeza pula keadaannya
dengan dokumen yang lengkap, perbualan telefon, malah ADUN Batu Caves
sendiri sudah mengaku ada memberi sokongan kepada Double Dignity untuk
mendapatkan kontrak pasir bilamana dia sendiri adalah pengarahnya, disini.
Soal Double Dignity dapat kontrak atau
tidak, itu lain. Apatah lagi bila ada dakwaan bahawa maklumat Double
Dignity dalam rekod Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) telah diarah untuk
dihapuskan.
Penulis menggesa dalam masa yang sama,
agar SPRM juga cepat-cepat menjalankan siasatan, sebelum ada diantara
orang-orang yang dinyatakan di atas, ‘hilang’ secara tiba-tiba. Nanti
nak diekstradisi dan sebagainya bukan mudah.
Dalam kes anak ikan Elizabeth Wong, PKR
sudah terbukti mempunyai kaitan dan keupayaan di Indonesia untuk
mendapatkan dokumen-dokumen yang boleh mengesahkan Helmi sebagai
warganegara Indonesia!!
Walaupun palsu tapi kebolehan membuat itu yang penting.