Monday 30 January 2012

Tolak Khalid Gereja PAS Shah Alam Kata Hasan Ali

Hasan Ali terus membuat roadshow bagi menginsafi rakyat yang telah terpesong jauh dengan kekeliruan yang telah di bawa oeh PAS sebelum ini. Hasan Ali mahukan rakyat di Shah Alam tolak Khalid Gereja yang terlalu banyak bersekongkol dengan  DAP .

Bagi penduduk Gombak sama samalah kita mengambil iktibar ini dan sama sama ah kita tolak PAS dan kita kembalikan  kuasa di Gombak  kepada Barisan Nasional kerana hanya Barisan Nasional sahaja yang akan dapat menjamin dan membela rakyat.

Ramai yang telah datang untuk mendengqar ceramah Hasan Ali dan pastinya ramai  yang mahu mendengar apakah lagi pendedahan Hasan Ali tentang kemelut dalam Pas  sila baca di sini

Sunday 29 January 2012

Bila Malaysia Ada Polisi Melindungi Keselamatan Israel?

anwar_support_israel
DALAM usaha mengurangkan ketegangan yang timbul akibat komitmennya untuk melindungi keselamatan Israel jika berjaya menjadi Perdana Menteri kelak, Anwar dilaporkan sebagai berkata, kenyataannya itu adalah selari dengan polis negara dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memang ya tapi Malaysia?
Anwar kata kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel itu adalah selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan “Penyelesaian Dua Negara” yang disokong Malaysia.
Penulis lihat Anwar semakin  hilang ‘seni’ memutar belit sebab apa pun polisi mengenai kewujudan negara Israel dan Palestin yang disokong Malaysia seperti di dakwanya, itu tidak sama sekali bermaksud ‘melindungi keselamatan Israel’ seperti yang disebutkan Anwar dalam temubualnya dengan The Wall Street Jurnal’ pada Khamis.
Negara Malaysia tidak mungkin akan melindungi Israel, apatah lagi mempunyai polisi seperti itu dalam dasar antarabangsanya.  Malaysia adalah penyokong kuat penubuhan negara Islam Palestin dan berulang kali menyokong rakyat Palestin dalam menghadapi pencabulan antarabangsa oleh tentera Zionis.
Ya, tentera Zionis yang Anwar nak melindungkan keselamatannya itulah.
Jadi penulis harap, toksahlah terpedaya dengan kenyataan Anwar.  Penulis nak jelaskan sekali lagi, apa pun persetujuan Malaysia di peringkat antarabangsa mengenai Israel dalam hal penyelesaian isu Palestin, tidak ada satu pun yang bermaksud bahawa negara ini akan melindungi keselamatan Israel seperti yang disebutkan Anwar.
Dan jangan lupa, ini bukan kenyataan kali pertama, Dr. Chandra Muzaffar (bekas Timbalan Presiden PKR) dalam siaran Buletin Utama semalam mendakwa Anwar pernah keluar kenyataan sama di Australia pada 2006.

Oh ya, tidak lupa disebutkan, Anwar ada ‘memberi amaran’ kepada sesiapa supaya jangan memutar belitkan kenyataannya itu (siapa yang putar belit?) atau menghadapi saman dari pasukan peguamnya.
Dalam hal ‘tafsiran’ ni cepat saja Anwar nak menyaman, sebab dia tau boleh diputar belitkan.  Walhal pada Sabtu, ada kenyataan ‘jelas’ dari Trio Datuk T akan penyebaran video seks kedua yang melibatkan Anwar.
Kenapa yang itu sibuk taknak saman?

Saturday 28 January 2012

Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak Merasmikan Persatuan Penduduk Jalan Bacang,Sg.Tua,Batu Caves.

Beginilah keadaan rumah-
rumah penduduk setingan
Pada pagi ini,kira-kira jam 10.00 pagi,tanggal 29 hb Januari 2012, Datuk Dr Rahman Ismail,Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak,merangkap mantan Ahli Parlimen Umno Gombak,penggal 2004-2008 telah merasmikan Mesyuarat Agong yang pertama (Persatuan Penduduk Jalan Bacang,Batu 9,Sungai Tua),Batu Caves,Selangor.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah pun meluluskan Pendaftarannya, pada tahun lalu iaitu pada bulan Ogos,2011. Persatuan ini di Pengerusikan oleh bintang TV tempatan yang terkenal Encik Mubarak bin Haji Majid dan Setiausahanya ialah Encik Jupri bin Untut.


Encik Mubarak bin Hj.Majid,
Pengerusi Persatuan PPJB..
Sebenarnya penduduk-penduduk yang mendiami kawasan Jalan Bacang ini ialah para penduduk setinggan yang telah mendiami di kawasan tersebut selama lebih 20 tahun.Sebanyak 59 buah rumah setinggan ada di sana dan jumlah para penduduknya ialah disekitar 200 orang lebih.

Jika kita berbicara fasal mengundi di dalam satu-satu piliharaya umum? Maka para pendudduk yang boleh mengundi dari kawasan setinggan ini lebih dari dua ratus orang banyaknya. Jumlah ini telah diberi tahu oleh Encik Jufri bin Untut pada penulis.

Menurut Encik Jufri pada tiap-tiap satu rumah yang berada di kawasn setinggan ini,boleh dikatakan penduduk-penduduk yang layak mengundi hitung panjang 4 atau 5 orang. Satu jumlah yang besar juga iaitu satu jumlah yang boleh jadi faktor memenangkan atau mengkalahkan sesuatu parti yang turut bertanding.


Dari kiri En.Jupri,En.Mubarak & Dr.Rahman,Fadli




Encik Mubarak bin Hj.Majid,selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan Bacang dalam ucapaan alu-aluannya telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terhadap kehadiran tetamu kehormat yang diketuasi oleh Datuk Dr Rahman Ismail,dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak.

Sekaligus beliau telah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terhadap komitmen tinggi di atas kehadiran penduduk-pendudk kampung di dalam Mesyuarat Agong itu dan beliau
mengharapkan moga-moga Allah SWT menerimanya dan meletakkan komitmen-komitmen itu sebagai amal soleh yang melonjakkan kesan langsung yang lebih bermanfaat kepada kelangsungan majlis tersebut..

Mereka bermesyuarat duduk bersila

Selanjutnya Encik Mubarak bin Hj.Majid telah menegaskan berhubung dengan intizam oleh penduduk-penduduk Kampung Jalan Bacang bagi melonjakkan peranan yang berkesan ke arah hala tuju dan matlamat penduduk kampung.

Menueurutnya bagi tahun pertama, Pelaksanaan Persatuannya telah berjaya membentuk satu organasasi yang baik. Justeru itu Persatuan Penduduk telah melakukan berbagai-bagai program yang bermanfaat dan sekaligus dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim sesama penduduk-penduduk kampung.

"Saya amat berbesar hati dan ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi di atas semua kerja sama, permaufakatan dan interaksi diantara penduduk-penduduk kampung demi memajukan kampung kita ini.

Kaum ibu pun duduk bersila juga
"Sebagai penduduk-penduduk kampung kita harus memainkan peranan yang baik untuk memastikan agar kampung kita ini sentiasa aman damai dan ini akan memudahkan lagi proses pembesaran anak-anak kita dengan baik dan sempurna," katanya dengan penuh harapan...

Ketika mengakhiri ucapannya En Mubarak telah menyeru kepada semua para penduduk Jalan Bacang,Sg.Tua ,agar sama-sama bermaufakat dan bersatu hati untuk menjadikan Kampung Jalan Bacang,Batu 9,Sg Tua sebagai sebuah kampung setinggan yang maju dan aman damai.

Datuk Dr Rahman sedang berucap
Datuk Dr Rahman Ismail,Pengerusi Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang begitu aktif mendekati rakyat dalam ucapannya sebelum merasmikan mesyuarat agong tersebut. Beliau terlebih dahulu telah mengucapkan banyak terima kasih kerana AJK Persatuan Penduduk Jaln Bacang Sg Tua telah sudi menjemput beliau merasmikan Mesyuarat Agong Pertama Persatuan Kampung Jalan Bacang pada pagi itu.


Kemudian beliau telah mengenalkan barisan pemimpin dari Gabungan Ngo-Ngo Gombak yang turut serta dalam majlis tersebut.kepada para penduduk Kampung Jalan Bacang,Sg Tua, agar sama-sama dapat kenal mengenal antara satu sama lain demi untuk terus menyambung perhubungan antara kedua belah pihak dari masa ke masa yang mendatang.

Para penduduk bergambar beramai-ramai

Dalam ucapan mukadimahnya itu beliau telah menyatakan bahawa semasa beliau menjadi (MP) ahli parlimen Umno Gombak, penggal 2004 hingga 2008 dulu itu bahawa beliau pernah datang ke Kampung Jalan Bacang ,tapi perhubungannya dengan penduduk-penduduk Kampung Jalan Bacang ,Sg Tua tidak mempunyai contact point yang cukup jelas.


Menuerut Datuk Dr Rahman,sebenarnya beliau selalu lihat En Mubarak, di Kampung Sg Tua berdekatan dengan masjid Sg Tua itu,tapi beliau tidak tahu bahawa En Mubarak adalah penduduk di Kampung Jalan Bacang,Sg Tua, yang beliau lawat pada pagi itu.


."Alhamdulilah! Pada pagi ini, saya telah berada di kampung ini dan saya telah dapat melihat dengan jelas keadaan structur rumah-rumah di sekeliling kampung ini dan saya telah dimaklumkan oleh En Jupri, setiausaha persatuan berapa banyak rumah setinggan telah ada di sini dan jumah orang-orang yang sedang mendudukinya," katanya.


Keadaan lorong rumah setinggan


Datuk Dr Rahman telah memberi pujian pada para penduduk kampung jalan bacanag kerana telah berjaya mengadakan mesyuarat agong yang pertamanya.Masih tidak terlewat walaupun setelah 20 tahun lamanya telah ujud kampung setinggan di sini.


Datuk Dr Rahman berkata,yang penting kini anda telah mempunyai satu persatuan penduduk yang telah di luluskan oleh pihak yang berkuasa..


Beliau berkata,dengan itu ianya bererti anda semua di Kampung Jalan Bacang ini telah mempunyai satu persatuan penduduk yang sah,untuk anda jadikan selaku wadah untuk memperjuangkan lebih giat lagi segala kepentingan penduduk-penduduk di sini lebih releven lagi.

Juadah yang disediakan untuk tetamu

"Pihak Gabungan Ngo-Ngo Gombak mengalu-alukan jika persatuan anda ingin bergabung di dalam badan gabungan Ngo-Ngo Gombak di bawah pimpunan beliau. Dengan berbuat begitu maka segala masalah yang sedang dihadapi oleh anda dapat diuperjuangkan lebih efektif lagi jika anda bergabung dengan kami," tegas beliau.


Menurut Datuk Dr Rahman bahawa Gabungan Ngo-Ngo Gombak mulai detik ini,mulai hari ini, memang berhasrat untuk merapatkan hubungan dengan PPJB dan duduk semeja dengan AJK Persatuan Penduduk-penduduk Kampung Jalan Bacang untuk membincang masalah terbesar yang sedang anda hadapi di kampung tersebut.


Beliau berkata, sesuatu yang berkisar tentang perkara asas dan hak asasi seseorang manusia boleh kita bincangkan.Yang dikatakan soal asas dan hak asasi itu ialah, seperti hak tempat tinggal setiap rakyat iaitu, soal perumahan,soal ekonomi,hak mendapatkan pelajaran untuk anak anda,hak kemudahan asas seperti api dan air untuk penduduk dan soal sosial para pendudduk pada sesuatu tempat adalah merupakan soal asas asas pada setiap orang dan sebagainya.untuk di selesikan .

En Jupri bin Untut setiausaha PPJB

Ianya boleh diselesaikan satu demi satu masalah. Boleh diperjuangan kerana kini masalah yang anda hadapi adalah merupaka masalah dan perjuangan oleh Gabungan Ngo-Ngo Gombak juga. Jadi,marilah kita bersama-sama duduk sebumbung,,semeja, membincangkan bersama dengan ikhlas dan terus terang.


"Kini saya masih kabur lagi apakah yang penduduk di sini perlukan dari kami dan apa bendanya yang kami boleh beri bantuan.Misanyal soal tanahkah,soal perumahankah,soal tempat ibadahkah seperti suarau dan sebagainya boleh anda bentangkan dan kita boleh bincangkan bersama.


"Setelah kita bincangkan secara muktamad maka senanglah bagi kami mengangkat masalah anda itu kepada pihak yang berkuasa yang mana satu untuk dimajukan, disertakan dengan alasan-alasan yang kukuh dan munasabah agar segera selesai.

"Dalam masa yang sama segala aktiviti-aktiviti yang sedang anda jalankan masih boleh terus dijalankan.demi untuk kebajikan para penduduk Kampung Jalan Bacang yang dimuliakan," katanya sebagai memberi pengakuan yang tegas


Beliau berkata,dalam konteks untuk kita memperjuangkan masalah anda itu, kita mesti pilih dan mesti ada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang bijak,cekap dan punya banyak pengalaman dan sekaligus begitu perihatin tentang nasib rakyat.


Contohnya kita semua maklum bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, amat tegas dan begitu perihatin tentang kebajikan rakyat dan beliau sangat tegas sekali untuk memperjuangan masalah yang sedang dihadapi oleh rakyat terutama pada rakyat yang miskin dengan sebaik yang boleh..

Justeru itu,marilah kita bersama-sama sebulat tekad mesti memeberi sokongan yang padu dan berterusan pada beliau demi kesejahteraan dan kestabiln anda semua.pada masa kini dan di masa-masa yang mendatang
sumber : ABN Mulia

Hasan kecam pemimpin Pas



HASAN Ali berucap di hadapan kira-kira 5,000 pengunjung pada majlis Himpun di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam. - MINGGUAN/SAZALI CHE DIN


KEPALA BATAS 28 Jan. - Bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali mengecam kepimpinan Pas kerana sanggup melarang ahlinya daripada menghadiri program berkaitan akidah seperti Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun).

Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor berkata, mereka itu disifatkannya sebagai parasit perosak akidah kerana tidak menyokong gerakan untuk menyelamatkan umat Islam daripada bencana murtad.
Menurutnya, adalah tidak logik parti yang mendokong perjuangan Islam selama ini bertindak sedemikian.

''Bila pemimpin Pas kata jangan pergi di Shah Alam, saya pergi juga. Majlis berhimpun untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes liwat Anwar Ibrahim), dia suruh datang tapi majlis mengesakan Allah, mentauhidkan Allah, dia kata, jangan pergi...jangan pergi, di mana logiknya?

"Kalau teman daripada PKR, saya tidak terasa sangat sebab mereka parti campur. Ada orang Cina, India dan Melayu, saya boleh faham.

"Tetapi saya tidak faham jika bekas parti saya tidak membenarkan ahli-ahlinya daripada menghadiri majlis akidah dan menghalang mereka pergi program akidah.

"Saya bukan nak bawa irama politik tetapi inilah realiti," katanya ketika berpidato pada Himpun peringkat Pulau Pinang di Dewan Pusat Budi Penyayang di sini hari ini.

Kira-kira 5,000 hadir pada program bertemakan Selamatkan Akidah itu.
 Hadir sama Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid; Pengarah Urus Setia Himpun negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman.

Hasan menambah, meskipun berdepan pelbagai halangan dan rintangan, Himpun tetap diteruskan pada masa depan dengan menjelajah ke setiap negeri.

Jelasnya, ia penting kerana ramai masyarakat Islam termasuk pemimpin Pas sendiri tidak percaya tentang gejala murtad yang semakin serius dan perlu dibendung segera.

Malah, katanya, semasa menjadi Exco Selangor dulu, ada orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat.

Nota: Pengundi Gombak menunggu kedatangan Hasan Ali. tentu hebat dan sebaiknya NGO Gombak menganjurkan  perhimpunan ini agar PAS tidak menuduh UMNO yang bukan bukan.

RELA PERLU SENTIASA DI HATI RAKYAT - PERDANA MENTERI

29 Jan : Serdang : Seramai 35,000 orang ahli RELA dari seluruh negara telah berkumpul dalam satu majlis perbarisan sempena Program Sambutan Perdana Ulang Tahun Pasukan RELA yang ke 40 tahun. Perdana Menteri Malaysia , Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah merasmikan Program Perbarisan ini. Turut sama dalam perbarisan ini ialah Pasukan RELA dari daerah  Gombak yang dipimpin oleh Pengerusi Kehormat persatuan pegawai pegawai RELA Daerah Gombak , Kolonel Kehormat Dato' Dr Rahman Ismail. Perdana Menteri dalam ucapan beliau mahukan agar RELA sentiasa berada di hati rakyat.
Kolonel Dato' Dr Rahmanbersama  Pegawai pegawai kehormat dan anggota RELA Gombak  dalam Program  Perdana  Ulang Tahun RELA ke 40 .

Kolonel Dato' Dr Rahman (empat  dari kiri) dan sebahagian dari Pegawai Pegawai RELA daerah Gombak dalam upacara Perbarisan Sambutan Ulang Tahun  Rela Ke 40 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri.

Friday 27 January 2012

Banner Road Show Hasan Ali diturunkan - MB sekat kebebasan rakyat , tak dak telor ka Khalid gagap

Pengerusi SMU Norman Toha berkata hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh Menteri Besar.

PETALING JAYA: Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) mengencam tindakan ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) yang menurunkan 10 banner Roadshow Masa Depan Politik Malaysia yang memaparkan wajah bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pagi ini.

Roadshow itu yang dijangka diadakan pada 31 Jan 2012, Selasa, 9.00 malam di Balai Pahlawan, Padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi didakwa disabotaj oleh ahli Exco kerajaan negeri.

Pengerusi SMU Norman Toha berkata hak kebebasan rakyat untuk bersuara telah disekat oleh Menteri Besar. Sekatan ini dibuat berpilih- pilih.

“Kalau iklan banner Pakatan, walaupun tiada lesen tidak akan mereka turunkan tetapi kalau banner milik gerakan rakyat seperti Roadshow anjuran bersama SMU, mereka turunkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Norman menyoal, “dimanakah keadilan untuk rakyat Selangor yang ingin bebas dari fahaman politik ektrem kepartian?

“Kami menuntut agar kesemua banner rakyat yang bernilai RM1,500 itu dipulangkan kepada kami sebagai penganjur bersama Roadshow tersebut,” katanya.

Rintihan Penduduk Batu Caves Berkaitan Masalah Sampah

Saya terpanggil untuk menulis ini, selepas membaca laporan berkaitan sampah di Agendadaily. Mula-mula saya fikir hanya di kawasan kami, di sekitar Gombak dan Ampang sahaja yang mengalami masalah sampah tidak dikutip ini.

Laporan tersebut menyebabkan saya sedar rupa-rupanya, masalah sampah ini di seluruh Selangor, bukan hanya di kawasan saya sahaja.

Sebenarnya, sudah puas saya merayu, sampai bila kami nak hidup dengan keadaan yang busuk dan kotor ini. Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal.

Di kawasan saya, Pinggiran Batu Caves, gambar ini adalah bukti. Ini gambar pada Selasa 24/1/2012.

Selangor kini telah bertukar menjadi sebuah negeri sampah-sarap. Atau dengan kata lain, Selangor seolah-olah tidak mempunyai sebarang badan berkuasa yang menguruskan sampah dan sisa pepejal.

Sampah yang tidak dikutip ini menjadi satu igauan pada kami, bila bangun dari tidur, perkara pertama dibuat adalah menjengok dari tingkap rumah flat ini bagi melihat apakah sampah yang bertimbun dan busuk itu sudah dikutip atau belum.


Kami dah jijik hidup dengan sampah-sampah ini, kami bukanya sampah masyarakat...

Yang pasti kini rakyat Selangor telah sedar mereka tertipu dengan janji manis kerajaan PR yang menjanjikan perubahan. Ya perubahan ke arah kebaikan yang kami mahukan, sebaliknya yang dapat adalah empat tahun Selangor di bawah PR, negeri ini mengundur ke belakang.

Jiran-jiran saya di sini (Penggiran Batu Caves) sudah bercakap-cakap untuk tidak lagi memangkah PR dalam pilihanraya akan datang. Bahkan kami amat teruja menunggu saat-saat diberi peluang mengubah kerajaan negeri melalui PRU13.

Harapan kami adalah BN akan cuba memperbetulkan kesilapan lalu dan memberikan yang terbaik sekiranya dapat kembali menjadi pemerintah. Dan tolonglah, sampah busuk itu, dikutip secara berjadual.

HISHAM
PINGGIRAN BATU CAVES

UNDI PAKATAN RAKYAT SELANGOR DAPAT SAMPAH

Kroni dapat habuan masing-masing, rakyat dapat sampah.. ini mungkin kesimpulan yang boleh dibuat terhadap permasalahan sampah yang dihadapi rakyat negeri Selangor sejak beberapa bulan lalu.

Mengulas masalah yang berlanjutan itu Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abd Shukor Idrus berkata rakyat Selangor menjadi mangsa kerakusan dan keangkuhan kerajaan negeri Selangor dalam penyelesaian isu sampah dan sisa pepejal di negeri ini.

Tegasnya rakyat Selangor kini semakin sesak nafas kerana terpaksa menghidu bau busuk, sampah berulat yang menghantuai mereka, kerana tindakan bodoh kerajaan negeri yang tidak melanjutkan kontrak Alam Flora yang telah berpengalaman dalam menguruskan sampah dan sisa pepejal ini semata-mata kerana Alam Flora dilantik oleh kerajaan BN dahulu, dan bukannya melihat kepada prestasi Alam Flora. ”Kini, rakyat yang menjadi mangsa. Jika dahulu, pihak 

Alam Flora akan mengutip sampah tiga kali seminggu, namun pihak syarikat pengurusan baru yang dilantik kerajaan negeri ternyata gagal mengutip sampah tiga kali seminggu, sebaliknya seminggu sekali pun susah. “Kita yakin, pihak syarikat pengurusan yang baru bukan sahaja tidak berpengalaman seperti Alam Flora, malah tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi, lori sampah misalnya.

“Jadi, mana mungkin mereka mampu untuk mengutip sampah tiga kali seminggu, jika mereka terpaksa menggunakan sumber terhad untuk menguruskan dan mengutip sampah dan sisa pepejal di seluruh Selangor,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini. Beliau yang juga ADUN Kuang, Selangor seterusnya berkata kerajaan negeri tidak menggunakan pendekatan kerajaan terdahulu yang memilih atau meneruskan kontrak mana-mana syarikat pengurusan sampah melalui pendekatan penilaian prestasi, sebaliknya mereka lebih selesa melantik syarikat dari kalangan kroni mereka. ”Mereka lebih mementingkan kroni mereka berbanding kebajikan dan keselesaan rakyat Selangor. 

Masalah sampah yang berlaku di negeri jelas menunjukkan kegagalan pentadbiran negeri menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat. ‘‘Pentadbiran yang gagal bukan sahaja memberi kesan kepada agensi-agensi di bawah kerajaan negeri seperti PBT, akhirnya rakyat yang menderita terpaksa menghidu bau busuk dan sampah berulat setiap hari,” ujarnya lagi. Pada masa yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam melihat masalah isu sampah di Selangor khususnya di Shah Alam ini semakin menemui jalan buntu apabila kerajaan negeri terus dengan hasrat mereka untuk menamatkan perkhidmatan Alam Flora Sdn. Bhd dan dalam masa yang sama melantik kontraktor baru yang gagal melaksanakan tugas dengan baik. 

Ketuanya, Azahari Datuk Shaari melihat kontraktor baru bukan sahaja gagal melaksanakan tugas mengutip sampah-sampah ini, malah mereka mengambil jalan mudah untuk menuduh UMNO dan Barisan Nasional sebagai dalang yang membuang sampah di kawasan-kawasan tertentu untuk memberikan imej buruk kepada pentadbiran kerajaan negeri. ”Memang sudah menjadi moto pakatan pembangkang, `Semuanya salah UMNO’ dalam melepaskan diri mereka dari apa sahaja isu yang membebankan mereka”, katanya. Justeru beliau mengajak rakyat Selangor menilai sendiri keberkesanan dan kejayaan kerajaan pakatan pembangkang sejak mereka mentadbir Selangor sejak tiga tahun lalu. “Adakah ini mutu perkhidmatan yang kita mahukan dari sebuah kerajaan yang mewar-warkan ketelusan sebaliknya apa yang mereka buat pada hari ini, bukan sahaja memberi keselesaan malah memberi beban kepada rakyat Selangor,” ujarnya.

Thursday 26 January 2012

Khalid buktikan bahawa ADUN PAS kurang bijak agama

Semua orang gahu bahawa Khalid adalah orang Anwar Ibrahim dalam PAS dan Khalid sememangnya tidak sebulu dengan Hasan Ali. Akhirnya Khalid dapat menyingkirkan Hasan Ali yang selama ini sememangnya menyakitkan mata beliau kerana Khalid lebih kepada Anwar dan juga DAP (Ronnie) Pemecatan Hasan Ali memberikan kepuasan kepada Khalid dan Khalid begitu gembira sekali apabila jawatan eexco ehwal agama terlepas kepada tangan Menteri Besar dan sekali gus membuktikan bahawa ADUN PAS semjuanya tak bijak dalam agama.baca kenyataan Khalid/

Al Fatihah - Sdr Ramli Yeop Bendahari UMNO Gombak telah pulang ke rahmatullah 10 .05 pagi

Daripada nya kita datang dan kepadanya juga kita akan kembali. Sdr Ramli Yeop Bendahari UMNO Bahagian Gombak telah kembali ke rahmatullah pagi tadi 26 Jan 2012 jam 10.05 pagi di hosital Damai Taman Melawati.Sejak pagi lagi ramai sahabat handai yang mendapat berita sedih ini telah mengunjungi hospital Damai untuk menziarahi jenazah buat kali terakhir. 

Jenazah di bawa pulang ke rumah Allahyarham di sungai Sering dan kemudian di bawa ke Surau Al Hidayah Keramat Damai pada waktu zohor untuk disempurnakan. Allahyarham adalah seorang yang aktif dalam Pertubuhan UMNO Gombak dan pernah menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Gombak. 

Beliau dikatakan  mengalami pendarahan di bahagian otak telah dimasukan ke hospital pada jam 5 pagi oleh keluarga beliau. Pemergian beliau amat dirasakan dan adalah satu kerugian besar bagi seluruh kepimpinan dan ahli UMNO. Turut Hadir, Ketua Bahagian UMNO Gombak, Tuan Haji Abdul Rahim bin Kamarudin, Setiausaha Bahagian Tuan Haji Yuzairi , Dato Dr Rahman Ismail dan kepimpinan yang lain.semoga roh nya di tempatkan  bersama sama orang yang soleh - Amin
sahabat handai yang datang dari pagi ke hosital damai sebelum jenazah di bawa pulang
Tuan Haji Yuzairi dan juga ketua bahagian UMNO Gombak Haji Abdul Rahim Kamaruddin

Dato' Dr Rahman yang turut  sama menziarahi Allahyarham di Surau Al Hidayah

ibu  Allahyarham yang baru tiba dari Perak
kali terakhir ku menatap wajah mu sahabat ku Ramli Yeop

Wednesday 25 January 2012

Malam Pendekar 1Malaysia bersama Perdana Menteri di Anjung Times Square Pulau Pinang - 24 Januari

 Ribuan yang hadir pada malam  Pendekar 1 Malaysia
Peserta yang mendengar pesanan dari Perdana Menteri

Dato' Dr Rahman Ismail turut serta dalam perhimpunan Pendekar 1 Malaysia

Antara kumpulan  seni mempertahankan diri yang  turut serta

Berbaris , dan berhimpun mendengar taklimat

YAB Dato' Seri Najib  Tun Abdul Razak , Tan Seri Omar Din dalam perhimpunan pendekar 1 Malaysia

Ada juga yang santai sambil mengikuti program

Tuesday 24 January 2012

Pakatan Rakyat pening dengan NGO Selangor yang mengugat MB Khalid Gagap

PERNGERUSI DAN BARISAN EXCO IPMG (NGO GOMBAK)
NGO - NGO Gombak yang bergiat cergas di bawah kepimpinan Dato Dr Rahman Ismail.
Tertarik membaca tulisan MSO ,  Mohd Sayuti Omar yang sememangnya saya kenal  dan beliau adalah penulis  PAS yang baik dan hanya abang Sayuti sahaja yang bernai menghentam PAS , mungkin dia sememangnya tidak berminat untuk menjadi calon atau wakil rakyat PAS.

MSO juga adalah pengkritik kuat dan tidak boleh berlaga angin dengan Husam Musa. Satu ketika dahulu Husam di hentam hingga ke lubang jamban oleh Sayuti. Entah apa  yang di marah sangat dengan  Husam ini.

Semalam saya terbaca tulisan MSO menghentam UMNO Selangor dan katanya UMNO Selangor terdesak fdan sehingga mahu jadi KL Gengster menganggu perhimpunan ABU yang diadakan di dewan MBSA jalan Kebun baru baru ini. katanya UMNO  seakan akan mahu menutup  perbuatan mereka dengan berselindung di bawah NGO.

Ingin juga penuhi tanya kan ada Sayuti , himpunan Bersih  PR berselindung di sebalik badan badan apa.  Mahasewel UPSI  siapa yang berdiri dibelakang  keganasan itu?

Nampaknya peranan  NGO di Selangor amat berkesan sekali, NGO juga menakutkan  PR apabia mereka  gagal unuk menangkis  segala serangan serangan yang dibuat oleh NGO yang tidak mewakili mana mana parti.Di Gombak sahaja ada lebih dari seratus lebih NGO yang bergiat aktif di bawah kepimpinan  Dato' Dr  Rahman Ismail.


Khalid Ibrahim nampak semakin gusar apabila Sayuti sendiri mengakui bahawa NGO di Selangor  berjaya melebelkan  Khalid  sebagai Menteri  Besar yang paling  bebal , sengal dan  bodoh. bagi  Sayuti UMNO Selangor mengambil apa saja, Umno negeri itu sudah jadi seperti belut di atas bara bergelepar penuh dengan abu dan arang.

Katanya lagi: Umno sudah jadi tidak siuman dan kehilangan kiblat. Malangnya dengan kejadian itu tidak ada orang Umno tampil ke depan mengakui dan memohon maaf. Umno Selangor cuba memberi gambaran mereka tidak terlibat walaupun sejuring. Tunggulah setahun dua tahun lagi apabila beberapa budak yang mengambil bahagian di dalam aktiviti kacau ganggu itu sedar dan insaf, matang mereka akan tampil menceritakan kisah itu.

Kesimpulan : Gombak harapan nak tanya Sayuti, kenapa jadi meroyan jika UMNO atau NGO tidak kuat untuk menguguat PAS. Sayuti  seolah olah orang yang hancur dan kecewa dengan kebangkitan UMNO dan badan NGO yang selari di Selangor. Untuk pengetahuan  Sayuti NGO NGO di Selangor akan terus menyerang kerajaan Selangor dan melakukan kerja kerja amal untuk rakyat.

Oleh : Azimah Zamani ( Harapan Gombak )

Saturday 21 January 2012

Kehilangan Portfolio Agama Di Selangor, Satu Lagi Episod Malang Buat Pas



Bekas Mufti Wilayah Persekutuan Prof Madya Datuk Dr Yusof Hussin berkata sewajarnya portfolio itu tidak beralih arah kepada mana-mana pihak lain sungguhpun berlaku perlantikan Exco baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada Pas baru-baru ini.

Menurut beliau bukanlah menjadi satu kesalahan portfolio agama dipegang oleh mana-mana individu tetapi dalam isu berkenaan ianya menimbulkan keraguan kepada umum status Pas yang sebelum ini mencanang sebagai parti memperjuangkan Islam.

“Bukan salah Tan Sri Khalid pegang portfolio agama kerana sesiapa pun boleh pegang tetapi menimbulkan sedikit persoalan kerana bukankah Pas yang bernaung di dalam pakatan pembangkang mewar-warkan diri mereka adalah parti Islam.

“Sepatutnya portfolio itu kekal kepada Exco baru yang dilantik itu kerana ianya adalah datang daripada parti Pas. Saya cukup simpati dengan apa yang menimpa Pas di Selangor kali ini seolah-olah mereka tidak diiktiraf selayaknya oleh rakan sendiri, “  katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas perubahan portfolio kerajaan Selangor apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi, 47, yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hanya diberikan portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.

Melalui satu rombakan kecil pentadbiran negeri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil alih dua portfolio penting iaitu Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri yang sebelum ini dipegang oleh Hasan.  Kedua-dua portfolio itu diketuai sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dr Yusof seterusnya menegaskan Pas tidak akan dapat lari daripada kenyataan umum bahawa parti mereka seolah-olah melukut di tepi gantang.

Ini kerana katanya orang ramai akan melihat Pas benar-benar seperti telahan umum yang selama ini mengkritik parti berkenaan yang mungkin sering dibuli oleh rakan mereka sendiri.

“Perkembangan terbaru itu membayangkan kepada kita bahawa Pas rela dipijak oleh rakan mereka sendiri yang sepatutnya perkara itu tidak berlaku,“ katanya.

Friday 20 January 2012

Exco Agama x boleh bagi pada PAS ? Mereka tiada ciri hebat yang saya ada ini ???

Bukan main merdu lagi mendengar suara MB Selangor ni menyanyi sampai naik bulu roma mndengarnya. Band boy muka masam jer tapi nak buat macm mana nanti kena buang negeri kalau kata tempo lintang pukang. Katak panggil hujan lagi best suara dari Khalid ini. inilah kalau hidup penuh denga perasan. Awek PAS yg tak sedar diri siap hatar bunga lagi. suara macam flinstone. Lagi ini ditujukan kepada juak juak PAS.

Antara lirik menarik untuk PAS fahami, ini dia:

BIARLAH BULAN, BICARA SENDIRI...
BIARLAH BINTANG, KAN MENJADI SAKSI...
TAKKAN KU ULANGI, BIAR SAMPAI AKHIR NANTI...
CUKUP DERITA SAMPAI DISINIIIIIIIIIIIII....

Tak mustahil adanya maksud di sebalik lirik ini tersirat di hati Tan Sri Khalid yang telah kecewa dengan puak-puak PAS ni.. Antaranya dapat kita lihat tindakkannya tidak memberikan kuasa kepada Dr Ahmad Yunus Hairi bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai EXCO bagi portfolio yang dikosongkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

Malah, keputusan meletakkan portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam bidang kuasanya, Menteri Besar Selangor. Sepertimana artikal yang disiarkan lalu dalam blog ini bertajuk
 
Saksikan persembahan penuh Tan Sri Khalid Ibrahim dan mungkin ini lah ciri-ciri utama Exco Agama Islam Negeri Selangor...

Khalid tidak percayakan PAS ketuai portfolio agama Selangor?

 PELANTIKAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai EXCO tetapi bukan bagi portfolio yang dikosongkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, dilihat memberi tamparan hebat kepada PAS.

Malah, keputusan meletakkan portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam bidang kuasa Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim seolah-olah menunjukkan beliau tidak mempercayai wakil rakyat PAS mengetuai portfolio berkenaan.

Rombakan kecil EXCO membabitkan portfolio yang pernah disandang Dr Hasan turut mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan beberapa pihak yang tegas memartabatkan agama Islam di negeri ini. Ia menampakkan seolah-olah PAS ketandusan tokoh berwibawa untuk menyandang portfolio itu atau mungkin Abdul Khalid mempunyai kepentingan politik.

Justeru, tidak hairanlah jika Timbalan Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (GPSS), Dr Ibrahim Ghaffar, secara lantang mempersoalkan kewibawaan Abdul Khalid mengemudi portfolio agama Islam.

Beliau meragui kewibawaan Abdul Khalid kerana sebelum ini terbukti beliau tidak pernah memihak kepada kepentingan agama Islam, terutama isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya, pada 3 Ogos tahun lalu.

“Sukar untuk saya percaya Abdul Khalid boleh melaksanakan tugas portfolio agama Islam dengan jujur, ikhlas, tegas dan tidak memihak kepada kepentingan politik. Ia kelihatan seperti mempersendakan tokoh PAS sendiri,” katanya.
Seorang lagi pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan keputusan memisahkan hal ehwal Islam dan adat-adat Melayu tidak bijak kerana kedua-dua aspek itu amat berkait rapat.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, berkata tindakan itu juga dianggap sebagai Menteri Besar yang ‘gila kuasa’ kerana sudah banyak portfolio dipegangnya ketika ini.

“Apabila portfolio Hal Ehwal Islam dipegang Menteri Besar yang tidak mempunyai latar belakang agama Islam, pentadbiran JAIS dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan menjadi lebih kelam kabut dan tidak terurus.

“Ini kerana Abdul Khalid akan mengambil tindakan ikut suka seperti tindakannya memohon maaf kepada pengurusan DUMC selepas insiden pemeriksaan oleh JAIS. Saya tidak terperanjat jika selepas ini, Abdul Khalid mengarahkan JAIS tidak membuat pemeriksaan terhadap kelab malam, kedai kuda dan hotel bajet,” katanya.

Selain itu, ada yang berpendapat walaupun Abdul Khalid tidak mempercayai EXCO daripada pemimpin PAS untuk menjaga portfolio hal ehwal Islam, beliau boleh menyerahkan portfolio itu kepada EXCO Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mempunyai latar belakang agama Islam, seperti Dr Yaakob Sapari.

Justeru, pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor, khususnya bagi menangani pelbagai isu hal ehwal Islam akan menjadi perhatian ramai, selain sentiasa diteropong sama ada Abdul Khalid mampu menjaga kepentingan Islam seperti sebelum ini.-18/1/2012 -Berita Harian

PKR malukan PAS selambe aja

Ramai penyokong PAS yang bertambah kecewa dengan apa yang menimpa  Hasan Ali dan lebih malang  bagaikan  sudah jatuh ditimpa tangga apabila jawatan Exco agama Selangor  dirampas dari PAS dan diberikan kepada Keadilan.

" Apa  PAS tak tahu agama ke? apa orang keadilan lebih hebat pengetahuan agama mereka dari kita ka??? " kata Isa  Manaf , seorang penyokong kuat PAS  di Taman Seri Gombak. Cukuplah apa yang telah dibuat oleh Tan Seri Khalid kepada Hasan Ali. Kami begitu kecewa dengan PKR Selangor .


"Kenapa mereka takut dengan Ronnie Liew ? Kenapa mereka begitu teruja dengan Teresa Kok. Ini soal agama bukan soal politik " tambah Isa. Kalau beginilah cara PKR eloklah PAS keluar dari pakatan ini, jangan hanya kerana mahukan kuasa agama dan moral bangsa kita tergadai.

Malang sungguh apabila  EXCO  Agama diberikan kepada Keadilan dan bukan PAS , mana mahu mereka letakkan muka sebagai ahli PAS. macam mana mahu mereka jelaskan kepada  pengikut mereka bahawa mereka adalah second best atau  mungkin forth best dalam PKR.

Ramai yang malu pada diri mereka hanya yang tak malu adalah mereka yang sentiasa  tidak tahu di mana  mahu menjaga imej mereka agar tidak di malukan.

Thursday 19 January 2012

Perjumpaan Ketua Pemimpin Persatuan Seni Silat Selangor

Perjumpaan Ketua Pemimpin Seni Silat Selangor
Bertempat di KK Club Taman Melati, Selangor.
Pada 19 Januari 2012

Satu perbincangan yang di pengerusikan oleh Dato' Dr Rahman bagi  membincangkan penyertaaan mahaguru silat dari  beberapa kumpulan seni mempertahankan diri yang akan ke (Anjung Time Square , Pulau Pinang) bagi menyertai perhimpunan terbesar seni mempertahankan diri bersama Perdana Menteri pada 24 hb Jan 2012.









Majlis Makan Malam Amal & Ihtifal MATAQU

Majlis Makan Malam Amal & Ihtifal
MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN QASIMUL ULUM
( MATAQU )

Anjuran majlis bertujuan mengisi Dana Pembinaan Bangunan Sekolah MATAQU. 

Anjuran: 
Badan Musyawarah Ibubapa & Guru ( BMIG )
Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum
Dengan Kerjasama:
Pertubuhan NGO-NGO Daerah Gombak
Di Rasmikan Oleh:
Tan Sri Datin Paduka Sri Hajjah Zaleha Ismail
Lokasi & Tarikh :
Dewan Beringin, Sri Gombak, Selangor
19 Januari 2012













 


Majlis Malam Amal 2012  Majlis malam amal 2012 telah diadakan di Dewan Beringin telah diadakan  semalam bagi tujuan memugut  dana bagi  mengisi Dana Pembinaan Bangunan Sekolah MATAQU. Majlis yang turut disertai bersama pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Qasimul Ulum (MATAQU) dan juga tetamu tetamu kehormat berlangsung dengan suasana kekeluargaan
.
Maahad tahfiz ini adalah sebuah integrasi diniah dan akademik yang ditubuhkan sejak tahun 2002. Ia dianungi oleh Yayasan Pendidikan Qasimul Ulum (YPQU) dan didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor.
Maahad tahfiz ini mempunyai seramai 130 orang pelajar dan 18 orang tenaga pengajar. Ini merupakan kali kedua YPQU & MATAQU mengadakan Majlis makan malam amal.
Tetamu kehormat yang turut hadir ialah Tan Sri Paduka Seri Hajah Zaleha Ismail Naib Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia, Tuan Haji Abd Rahim bin Kamarudin Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Dr. Rahman bin Ismail Ketua Felo Kehormat Merangkap Pengerusi Gabungan NGO Daerah Gombak.